
Data 25 November 2022.
Jumlah jangkitan harian Covid-19 dalam tempoh 24 jam semalam (Jumaat, 25 November 2022) meningkat semula kepada 2,024, berbanding 2,877 kes yang dilaporkan dalam tempoh sama pada Khamis.
Menurut rekod Kementerian Kesihatan (KKM) yang dikemas kini tengah malam tadi, jumlah itu menjadikan kumulatif positif Covid-19 sejak 25 Januari 2020 hingga semalam meningkat kepada 4,981,374 kes, dengan 4,917,827 pesakit telah sembuh, termasuk 2,969 yang pulih semalam.
Menurut data laman sesawang Github KKM, daripada jumlah jangkitan baharu itu, 1,993 kes melibatkan individu yang telah menerima suntikan dos penggalak; 685 kes (penerima dua dos); 330 kes (individu tidak divaksinasi); dan 16 kes (individu belum lengkap divaksinasi).
Sementara itu, data laman sesawang KKMNOW yang dikemas kini tengah malam tadi menunjukkan sehingga kini 26,903 kes masih aktif, naik sedikit berbanding 26,856 yang dilaporkan sehingga Rabu.
Daripada jumlah itu, 24,752 pesakit masih menjalani kuarantin di rumah (24,743 pesakit pada Khamis); dan 2,049 dirawat di hospital, meningkat semula berbanding 2,016 pada Khamis.
KKM juga memaklumkan seramai 10 pesakit Covid-19 kini ditempatkan Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 Berisiko Rendah (PKRC).
Seramai 92 pesakit dimasukkan ke unit rawatan rapi (97 pada Khamis), dengan 52 daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan (62 pada Khamis).
Berikut adalah jumlah kes harian setiap negeri semalam, serta kumulatif positif sejak Januari 2020:
- Selangor – 1,069 (1,528,699)
- Kuala Lumpur – 223 (462,337)
- Sabah – 266 (404,096)
- Johor – 49 (396,785)
- Sarawak – 145 (320,135)
- Kedah – 126 (315,195)
- Pulau Pinang – 178 (304,270)
- Kelantan – 114 (258,155)
- Perak – 132 (236,509)
- Negeri Sembilan – 106 (228,870)
- Pahang – 102 (180,944)
- Melaka – 268 (141,269)
- Terengganu – 72 (131,748)
- Putrajaya – 140 (30,961)
- Labuan – 27 (22,640)
- Perlis – 7 (18,761).
Sementara itu, lapan pesakit meninggal dunia akibat komplikasi Covid-19 dalam tempoh 24 jam semalam, termasuk dua kes kematian di luar fasiliti kesihatan atau ‘brought in death’ (BID).
Empat daripada kes kematian itu dilaporkan di Johor; dan masing-masing satu di Kelantan (BID); Pahang; Sabah; dan Selangor (BID).
Jumlah itu menjadikan kumulatif kematian akibat komplikasi Covid-19 yang dilaporkan mulai 17 Mac 2020 hingga semalam sebanyak 36,644 kes, termasuk 7,798 kes BID.