300 sekolah terjejas banjir, sebahagian sudah dibuka semula

January 9, 2022 · Isu semasa

Kementerian Pendidikan (KPM) mengenal pasti lebih 300 sekolah di seluruh negara yang terkesan akibat banjir besar baru-baru ini, namun sebahagian daripadanya daripada Kumpulan A telah dibuka untuk sesi persekolahan penggal ketiga hari ini.

Timbalan Menteri Pendidikan II Datuk Mohamad Alamin berkata sekolah yang masih belum dibuka itu disebabkan masih digenangi air, dijadikan pusat pemindahan sementara (PPS) atau masih dalam proses pembersihan.

Beliau berkata sekolah yang tidak dibuka mengikut jadual asal dijangka memulakan sesi persekolahan pada minggu hadapan.

“Ada sebahagian sekolah yang bermula hari ini di negeri kumpulan A dan ada beberapa yang belum dapat dibuka termasuk di Sabah, Pahang dan Selangor.

“Maklumat mengenai status sekolah ini akan dikemas kini oleh pejabat pendidikan daerah dari semasa ke semasa bagi menentukan pembukaan sekolah,” katanya kepada pemberita selepas meninjau kerja-kerja pembersihan di Sekolah Kebangsaan Pulau Paya yang terjejas akibat banjir, di Segamat, hari ini.

Memetik laporan Bernama, beliau berharap agar semua pihak dapat membantu kerja pembersihan sekolah supaya sesi persekolahan dapat dijalankan mengikut perancangan.

Mohamad berkata sebanyak 46 sekolah di Johor dijadikan PPS iaitu 15 buah di Segamat, Tangkak (13), Muar (tujuh), Mersing (empat), masing-masing tiga di Kota Tinggi dan Batu Pahat, serta Kluang (satu) susulan kejadian banjir yang melanda sejak 1 Jan lepas.

Setakat pagi ini, 27 sekolah di Johor masih tidak beroperasi kerana dijadikan PPS dan masih digenangi air manakala 19 sekolah memulakan sesi persekolahan penggal ketiga hari ini.

Beliau turut menjelaskan kementerian tidak akan membebankan pelajar yang tidak dapat menyertai sesi persekolahan kali ini dan memberi mereka ruang untuk berhadapan dengan proses pascabanjir ini sebelum masuk semula ke sekolah apabila semuanya selesai.

Katanya, lebih 14,000 pelajar yang terjejas akibat banjir dibenarkan untuk memakai pakaian biasa ke sekolah dan Kementerian Pendidikan turut memberi jaminan bekalan buku teks mencukupi bagi menggantikan lebih 260,000 buku teks yang rosak akibat banjir.

Berita berkaitan
278 mangsa banjir di tiga negeri masih ditempatkan di PPS
January 17, 2024· Isu semasa
Banjir Kelantan: Penduduk di Kuala Krai terputus hubungan, jalan tenggelam
December 27, 2023· Isu semasa
Banjir: Kelantan dan Perak catat peningkatan mangsa dipindahkan
December 17, 2023· Isu semasa
Mangsa banjir di Terengganu, Kelantan kekal setakat pagi ini
November 29, 2023· Isu semasa
Popular
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Pasaran hartanah dijangka lebih baik tahun ini: MIEA
April 3, 2022
Kesan negatif vape jangka panjang
August 25, 2021
Pihak berkuasa mula siasat kes helikopter jatuh di Bidor
September 13, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
17 jam lalu · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
17 jam lalu · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok