300 lagi PPV ditambah percepat pemberian vaksin, kata Perdana Menteri

June 5, 2021 · Isu semasa

Lebih 300 lagi Pusat Pemberian Vaksin (PPV) akan dibuka secepat mungkin bagi menggandakan lagi pemberian vaksin Covid-19 kepada rakyat menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK).

Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata beliau telah mengarahkan Menteri Penyelaras PICK, Khairy Jamaluddin untuk memastikan jumlah PPV ditambah di seluruh pelosok tanah air bagi mempercepat dan mempermudahkan pemberian vaksin kepada rakyat.

“Pada masa ini, lebih 280 Pusat Pemberian Vaksin (PPV) sedang beroperasi di seluruh negara dan dijangka lebih 300 PPV lagi akan dibuka secepat mungkin.

“Sementara itu, sebanyak 105 klinik kesihatan Kementerian Kesihatan Malaysia, dewan-dewan awam dan universiti serta kompleks sukan dan stadium tertutup telah pun beroperasi,” katanya berucap menerusi rakaman video memaklumkan perkembangan PICK hari ini.

Perdana Menteri berkata beberapa PPV mega juga telah diwujudkan dan jumlah itu akan terus ditambah, terutama di kawasan yang mempunyai kepadatan penduduk yang tinggi seperti Kuala Lumpur, Johor, Penang dan Sarawak, selari dengan penambahan stok vaksin.

“Saya sendiri telah melawat beberapa PPV termasuk 2 PPV mega iaitu di WTC dan MITEC bagi melihat sendiri proses pemberian vaksin ini. Dari maklumbalas yang saya terima ketika lawatan lawatan ke PPV ini, ramai yang menyambut baik usaha kerajaan untuk memvaksinasikan rakyat.

“Namun saya juga turut menerima cadangan cadangan konstruktif untuk memperbaiki proses vaksinasi di pusat pusat ini, dan perkara ini telah saya maklumkan kepada YB Khairy dan Menteri Kesihatan, YB Dato Seri Dr Adham Baba untuk diambil tindakan segera,” katanya.

Selain itu, Perdana Menteri berkata kerajaan turut melibatkan Pusat dan Klinik Perubatan Swasta dalam PICK bagi mempercepatkan pemberian vaksin dengan sasaran 1,000 klinik pada penghujung bulan ini.

Katanya, kerajaan juga telah melancarkan unit-unit vaksinasi bergerak ke kampung-kampung dan kawasan pedalaman untuk memudahkan proses vaksinasi kepada penduduk kampung, orang asli, warga emas, orang kelainan upaya (OKU) dan gelandangan.

“Setakat 3 Jun, 9 negeri telah mengaktifkan unit vaksinasi bergerak antaranya di daerah Tenom dan Kinabatangan, Sabah, daerah Gua Musang dan Pasir Puteh, Kelantan dan daerah Hilir Perak dan Kuala Kangsar Perak.

“Di Pulau Pinang pula, kerajaan telah memulakan perkhidmatan unit vaksinasi bergerak di 8 rumah jagaan orang tua setiap hari, manakala di Selangor, setiap daerah mempunyai unit vaksinasi bergerak sendiri,” katanya.

Perdana Menteri berkata kerajaan juga membuka PPV khusus bagi orang kelainan upaya (OKU) seperti di Malaysian Association for the Blind di Brickfields bagi OKU penglihatan bersama Kementerian Pembangunan Wanita dan Masyarakat.

Katanya, Kementerian Wilayah Persekutuan juga telah memperkenalkan Trak Vaksin Bergerak dengan sasaran memberi vaksin dos lengkap kepada 400,000 penduduk di sekitar Kuala Lumpur terutamanya dikawasan padat seperti di Projek Perumahan Rakyat dan Pusat Transit Gelandangan.

“Peningkatan kapasiti ini diharapkan mampu memberi vaksin kepada lebih ramai penduduk, seterusnya mempercepatkan usaha kita untuk mencapai sasaran yang ditetapkan,” katanya.

Ikuti ucapan penuh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin di ruang Rencana Agenda Daily.

Berita berkaitan
I’m not a fugitive, investigations had political undertones
August 17, 2023· Rencana
Pertuduhan terhadap Muhyiddin berniat jahat, 3 pertuduhan juga harus gugur: Azmin
August 15, 2023· Isu semasa
Jangan beri BN-PH walau 1 undi : Muhyiddin
August 12, 2023· Politik
Ada kerajaan tapi tidak berfungsi : Muhyiddin
August 8, 2023· Politik
Popular
Hina Sultan Selangor: Hukuman penjara pendakwah bekas penasihat agama Guan Eng kekal
September 25, 2023
Gaduh kumpulan motosikal besar, seorang ditahan positif dadah
September 25, 2023
Dia juga membantu orang miskin, kata PMX semasa pertemuan dengan Syed Mokhtar
June 2, 2023
Seorang lelaki warga Indonesia ditahan dengan nilai dadah RM1.9 juta dirampas
September 25, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Anggota pukul wanita dalam video tular sedang disiasat polis
5 jam lalu · Isu semasa
Penyusutan nilai sektor komoditi punca perdagangan negara susut: Liew
5 jam lalu · Isu semasa
Seorang lelaki warga Indonesia ditahan dengan nilai dadah RM1.9 juta dirampas
7 jam lalu · Isu semasa
Gaduh kumpulan motosikal besar, seorang ditahan positif dadah
7 jam lalu · Isu semasa
Ramalan kaji cuaca ramal ribut petir dan angin kencang di utara semenanjung
9 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Saya bukan orang jahat, SPRM tanya empat soalan REE, kata Sanusi
8 jam lalu
[VIDEO] Untuk menang PRK Pelangai, jentera PN bersemangat bila pemimpin ada keyakinan
9 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok