30 sungai enam negeri catat paras waspada hingga bahaya malam ini

October 25, 2022 · Isu semasa

Tiga puluh sungai di enam negeri mencatat bacaan paras air melebihi tahap waspada, amaran dan bahaya, menurut data publicinfobanjir Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) yang dikemas kini sehingga jam 8.45 malam ini (25 Oktober 2022).

Sebanyak 13 daripada sungai itu melibatkan Sarawak; diikuti Johor (10); masing-masing dua di Melaka serta Negeri Sembilan; dan masing-masing satu di Selangor, Kedah dan Pahang.

Hanya satu sahaja sungai mencatat bacaan melebihi paras bahaya iaitu Sungai Batang Rajang yang diukur di stesen Jabatan Laut, Sibu, Sarawak. Paras air dicatat ialah melebihi 3.09 meter (m) berbanding 1.30m paras normal.

Peningkatan paras air sungai terbabit dikatakan akibat hujan lebat dan ribut petir yang berlaku beberapa jam hari ini, seperti diramalkan Jabatan Meteorologi Malaysia.

Berikut adalah catatan data paras air bagi sungai dan negeri-negeri sehingga jam 8.45 malam ini:

Sarawak (13 sungai)

Tahap Amaran:

  • Sungai Salim B, Sibu (3.01m/2.00m);
  • Sungai Bidut, Sibu (3.00m/1.80m);
  • Sungai Batang Baram, Long Teru, Miri (7.31m/3.00m); dan
  • Sungai Batang Baram di Marudi, Miri (3.25m/0.00m).

Tahap Waspada:

  • Sungai Batang Rajang di Punan Bah B, Kapit (9.59m/5.37m);
  • Sungai Batang Rajang di Kapit New Headworks (12.17m/6.25m);
  • Sungai Batang Rajang di Durin Bazaar, Sibu (3.95m/2.50m);
  • Sungai Batang Oya di Stapang B, Sibu (12.27m/10.00m);
  • Sungai Similajau, Bintulu (8.16m/4.00m);
  • Sungai Batang Suai di Kuala Tutong, Miri (4.20m/1.20m);
  • Sungai Miri di Batu Niah Bazaar, Miri (2.71m/0.86m); dan
  • Sungai Batang Baram di Long Jegan, Miri (11.14m/4.50m).

Johor (10 sungai)

Tahap Amaran:

  • Sungai Muar di Kampung Awat, Segamat (19.86m/18.00m);
  • Sungai Muar di Tangkak (0.90m/0.10m);
  • Sungai Tangkak di Kampung Seri Makmur, Tangkak (3.52m/2.00m);
  • Sungai Kesang di Telok Rimba, Tangkak (3.10m/2.20m); dan
  • Sungai Skudai di Parit Keliling, Kampung Pasir, Johor Bahru (0.71m/-0.30m).

Tahap Waspada:

  • Sungai Sarang Buaya di Kampung Parit Tengah, Muar (2.36m/0.50m);
  • Sungai Mati di Pulau Penarik, Tangkak (1.38m/0.50m);
  • Sungai Batu Pahat di Empangan Bekok, Batu Pahat (17.25m/14.50m);
  • Sungai Ayer Hitam di Kampung Paya Embun, Pontian (4.85m/3.50m); dan
  • Sungai Skudai di Kampung Laut, Johor Bahru (2.50m/1.00m).

Melaka (2 sungai)

Tahap Amaran:

  • Sungai Kesang di Telok Rimba, Jasin (3.40m/2.20m); dan
  • Sungai Melaka di Batu Hampar, Melaka Tengah (1.81m/1.30m).

Negeri Sembilan (2 sungai)

Tahap Waspada:

  • Sungai Muar di Pekan Rompin, Jempol (31.82m/28.00m); dan
  • Sungai Gemencheh di Empang Sungai Dua, Tampin (37.92m/36.50m).

Selangor (satu sungai)

Tahap Amaran:

  • Sungai Bernam di Rimba KDR, Sabak Bernam (2.01m/1.00m).

Kedah (satu sungai)

Tahap Waspada

  • Sungai Janing di Kampung Labi, Padang Terap (25.39m/23.00m).

Pahang (satu sungai)

Tahap Waspada

  • Sungai Jempol di Ran Felda Jengka, Maran (29.36m/27.40m).

Malaysia Memilih
Semak keputusan PRU15
Berita berkaitan
Paras air melebihi tahap bahaya di 6 negeri, Selangor paling banyak – JPS
November 17, 2022· Isu semasa
Amaran banjir kilat 7 negeri dikeluarkan
November 8, 2022· Isu semasa
Kelantan, Terengganu, Pahang dan Johor diramal hujan berterusan: MetMalaysia
November 7, 2022· Isu semasa
Sungai di Kedah paras bahaya, mangsa banjir meningkat di Baling
October 29, 2022· Isu semasa
Popular
Anak dan menantu dilantik dalam syarikat senarai awam selepas Zahid jadi TPM
December 5, 2022
Perbicaraan 1MDB Najib berakhir awal hari ini, peguam bela sakit lagi
December 5, 2022
1,576 kes baharu, tiga kematian
December 6, 2022
Masalah pengangkutan awam tiada kesudahan
June 27, 2022
Lagi Isu semasa terkini
1,576 kes baharu, tiga kematian
1 jam lalu · Isu semasa
Anak dan menantu dilantik dalam syarikat senarai awam selepas Zahid jadi TPM
12 jam lalu · Isu semasa
Perbicaraan 1MDB Najib berakhir awal hari ini, peguam bela sakit lagi
17 jam lalu · Isu semasa
1,502 kes baharu, tiga kematian
December 5, 2022 · Isu semasa
Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman: Usah biar hakim ‘melutut’ kepada peguam
December 4, 2022 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] PDRM perlu adil, segera siasat PH sentuh Islam
4 jam lalu
[VIDEO] Ucapan Muhyiddin di ceramah Grand Finale PRK Padang Serai
6 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok