30 rumah, kedai terjejas air pasang besar di Kuala Kedah

September 11, 2022 · Isu semasa

Sekurang-kurangnya 30 rumah dan premis perniagaan serta gerai makanan di sekitar Pekan Kuala Kedah, di sini dinaiki air berikutan fenomena air pasang besar yang berlaku hari ini (11 September).

Pegawai Pertahanan Awam Daerah Kota Setar Kapten (PA) Norlizawati Ismail berkata antara kawasan terjejas termasuk di sekitar Jeti Kuala Kedah, Pasar Marina Kota Nelayan dan Jalan Tok Pasai.

“Pemantauan telah dilakukan pada pukul 1 hingga 1.55 tengah hari dan bacaan yang dicatatkan pada pukul 1.22 petang menunjukkan paras air berada pada ketinggian 2.95 meter.

Paras air menunjukkan peningkatan kesan daripada air pasang besar yang berlaku. Terdapat rumah penduduk dan gerai-gerai yang berada di kawasan berkenaan terjejas namun keadaan masih terkawal,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata pada masa ini keadaan cuaca di kawasan terbabit adalah baik, tidak berangin dan tidak hujan.

Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) turut melakukan pemantauan di beberapa lokasi di Daerah Kuala Muda khususnya di kawasan Pantai Kota Kuala Muda dan didapati berlaku sedikit kenaikan air yang melepasi paras sungai dan melimpah ke jalan raya.

Pegawai Pertahanan Awam Daerah Kuala Muda Kapten (PA) Azahar Ahmad bagaimana pun berkata setakat ini keadaan adalah terkawal dan tiada premis atau kediaman yang dinaiki air di daerah itu. – Bernama

Berita berkaitan
Rafizi beri penjelasan berhubung bungkusan berisi ekstrak ganja ke rumah
March 14, 2023· Isu semasa
Kerajaan Kedah tampung bayaran sewa sehingga rumah baharu mangsa banjir siap
January 5, 2023· Isu semasa
Banjir di tiga negeri: Jumlah mangsa di PPS semakin berkurangan
September 19, 2022· Isu semasa
Mangsa banjir di Batu Pahat berkurangan kepada 197 orang
September 17, 2022· Isu semasa
Popular
KBS jawab Ismail Sabri, peruntukan RM20 juta bina litar tak pernah diluluskan
May 29, 2023
Gabenor BNM, jangan bagi kenyataan gula-gula, tegur MP kerajaan
May 28, 2023
Hadi ucap tahniah atas kemenangan Erdogan
May 29, 2023
Zahid mahu SKMM ambil tindakan terhadap Telegram
May 29, 2023
Lagi Isu semasa terkini
LCS: Anwar cakap tak serupa bikin
9 minit lalu · Isu semasa
Menu Rahmah berjaya turun inflasi harga makanan, kata Salahuddin
2 jam lalu · Isu semasa
Ringgit ditutup rendah, harga minyak juga jatuh
3 jam lalu · Isu semasa
Projek Aerotropolis: Sanusi kata susah betul nak dapat jumpa PMX
3 jam lalu · Isu semasa
Raja Arshad dilantik sebagai Pengerusi baharu PNB bermula 1 Jun
3 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Menuduh tanpa bukti tak adil, rakyat akan sedar penipuan Anwar
2 minit lalu
[VIDEO] KJ syor Tengku Zafrul calon MB Selangor jika PH-BN menang di Selangor
7 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok