30 peratus kanak-kanak sudah lengkap vaksin

May 17, 2022 · Isu semasa

Sebanyak 1,063,569 atau 30 peratus kanak-kanak berumur lima hingga 11 tahun di negara ini lengkap menerima vaksin di bawah Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan untuk Kanak-Kanak (PICKids) setakat semalam.

Menurut laman web CovidNOW, seramai 1,646,257 kanak-kanak atau 46.4 peratus daripada kumpulan itu telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin, lapor Bernama.

Bagi remaja berumur 12 hingga 17 tahun pula, 2,905,317 (93.4 peratus) telah lengkap menerima vaksinasi manakala 3,002,852 (96.5 peratus) daripada kumpulan sama telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Dalam tempoh sama, sejumlah 16,066,394 atau 68.3 peratus golongan dewasa telah menerima dos penggalak manakala 22,971,246 (97.6 peratus) telah lengkap dua dos dan 23,247,211 (98.8 peratus) telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin Covid-19.

Bagi pemberian dos harian pula, sebanyak 9,228 dos vaksin Covid-19 diberikan semalam melibatkan 2,700 dos pertama, 4,779 dos kedua dan 1,749 dos penggalak, menjadikan jumlah kumulatif pemberian vaksin menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) sebanyak 70,689,336.

Menurut portal GitHub Kementerian Kesihatan, lima kes kematian akibat Covid-19 direkodkan semalam dengan dua kes di Melaka dan masing-masing satu kes di Johor, Sarawak dan Selangor.

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023· Isu semasa
Popular
SPRM ambil keterangan kedua Menteri DAP: Laporan
April 19, 2023
Hina Islam: Penghantar makanan masuk penjara, gagal bayar denda RM50,000
July 21, 2022
Ditipu pelaburan tak wujud, juruaudit rugi RM1.48 juta
October 12, 2023
Rumah, kereta mewah bernilai RM1.6 juta disita SPRM
September 26, 2021
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok