30 kes baharu di Langkawi

October 12, 2021 · Isu semasa

Jumlah jangkitan Covid-19 di Langkawi dalam tempoh 24 jam sehingga 12 tengah hari tadi meningkat tiga kes menjadi 30 kes berbanding 27 kes yang direkodkan dalam tempoh sama semalam.

Daripada jumlah jangkitan baharu itu, 14 kes dikesan menerusi saringan bergejala; saringan kontak rapat (13 kes); dan masing-masing satu kes menerusi saringan kendiri, saringan pra-pembedahan, dan kluster Dah Teluk Nibung, lapor Pejabat Kesihatan Daerah Langkawi (PKDLangkawi).

Dua mukim iaitu pusat pentadbiran daerah Langkawi, Kuah mencatat peningkatan sembilan kes berbanding empat yang dicatat semalam, dan mukim Kedawang juga sembilan kes berbanding tujuh semalam.

Secara keseluruhan sehingga hari ini terdapat 416 kes aktif di pulau itu. Sebanyak 5,792 kes positif dilaporkan sejak awal tahun lalu namun 5,302 pesakit telah sembuh, sementara 74 meninggal dunia.

Sehingga kini, gelembung pelancongan domestik Langkawi mencatatkan kejayaan sejak dimulakan pada 16 September lalu, dengan lebih 38,748 kedatangan pelancong domestik dan menjana pendapatan RM15.97 juta.

Negara menyasarkan 400,000 pelancong domestik melawat ke Langkawi hingga Disember tahun ini.

Hari ini, Kementerian Kesihatan (KKM) memutuskan untuk menghentikan keperluan ujian pengesanan Covid-19 bagi pelancong ke Langkawi, berkuat kuasa serta-merta.

Bagaimanapun, Menterinya Khairy Jamaluddin berkata, syarat wajib vaksinasi Covid-19 lengkap bagi semua pelancong dewasa masih kekal dan perlu dipatuhi.

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023· Isu semasa
Popular
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
SPRM ambil keterangan kedua Menteri DAP: Laporan
April 19, 2023
Pelajar sekolah balik cuti raya Cina tak dibenar pulang ke asrama
February 5, 2022
BNM dijangka naikkan OPR 25 mata asas lagi bulan depan
October 21, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok