30 jemaah umrah antara 49 kes baharu Omicron

December 25, 2021 · Isu semasa

Kementerian Kesihatan (KKM) mengesan 49 lagi kes positif varian baharu Covid-19, Omicron, dengan 30 daripadanya dipercayai jemaah umrah yang pulang dari Arab Saudi antara 13 dan 17 Disember lalu.

Lima lagi kes bertolak dari United Kingdom; Qatar (empat); Amerika Syarikat (tiga); Nigeria (dua); dan masing-masing satu dari Turki, Itali, Emiriah Arab Bersatu dan Ghana.

Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin berkata Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) telah menjalankan ujian PCR ke atas 145 sampel kes positif Covid-19 dalam kalangan pengembara pada 15 hingga 21 Disember lalu.

Katanya 45 daripadanya disahkan varian Omicron semalam melalui jujukan genom yang dijalankan oleh IMR, manakala Institute od Health and Community Medicine Universiti Malaysia Sarawak pula mengesan empat kes varian itu.

“Dengan keputusan terbaharu ini, jumlah kumulatif kes yang dikesan varian Omicron di Malaysia adalah sebanyak 62 kes. Daripada jumlah ini, 61 kes merupakan jangkitan import dari luar negara manakala satu kes lagi masih dalam siasatan yang disyaki kemungkinan merupakan jangkitan tempatan di Sarawak semalam,” katanya pada sidang media hari ini.

Menurutnya daripada jumlah kes positif Omicron itu, 16 kes melibatkan Selangor; Kuala Lumpur (11 kes); masing-masing empat di Sarawak dan Pahang; Negeri Sembilan (tiga); masing-masing dua di Kedah, Perlis, Johor dan Pulau Pinang; serta masing-masing satu di Perak, Terengganu dan Melaka.

Khairy berkata kes adalah seorang lelaki warganegara China berusia 38 tahun yang tidak mempunyai sejarah perjalanan ke luar negara dan sudah bekerja di negeri berkenaan sejak tiga tahun lalu.

“Lelaki berkenaan menunjukkan gejala batuk sejak 13 Disember lalu dan melakukan ujian saringan Covid-19 lima hari kemudian sebelum disahkan positif Covid-19.

“Dia kemudian dikuarantin di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 Berisiko Rendah (PKRC) di Hospital Umum Sarawak dan dikesan mempunyai varian Omicron.

“Kes kini dalam keadaan stabil serta dua lagi kontak rapatnya membabitkan pemandu kenderaan serta seorang lagi adalah kontak sosial. Kedua-dua kontak rapat ini adalah negatif,” katanya.

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023· Isu semasa
Popular
SPRM masih cari jutaan ringgit kes pembantu menteri DAP: Laporan
April 18, 2023
Hina Islam: Penghantar makanan masuk penjara, gagal bayar denda RM50,000
July 21, 2022
Saman fitnah: Rayuan Jamal ditolak, perlu bayar RM300 ribu kepada Kok
March 27, 2024
LCS: Anwar cakap tak serupa bikin
May 29, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Polis sedang kesan individu hina Sultan Selangor, dipercayai berada luar negara
March 27, 2024 · Isu semasa
Saman fitnah: Rayuan Jamal ditolak, perlu bayar RM300 ribu kepada Kok
March 27, 2024 · Isu semasa
Kata masuk pelaburan berbilion, Rafidah terkejut kilang tayar tutup
March 7, 2024 · Isu semasa
Laman akaun Facebook tak boleh diakses jutaan pengguna
March 5, 2024 · Isu semasa
Ahli Parlimen blok kerajaan juga tak setuju cukai SST dinaikkan
March 5, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok