
YouTube.
Tidak dinafikan YouTube antara laman sesawang yang paling popular dan mudah untuk menjana wang kerana sesiapa sahaja dibenarkan untuk memuat naik, menonton, menilai, berkongsi dan memberi komen kepada pelbagai genre kandungan video yang dihasilkan.
Hanya dengan cara menzahirkan bakat dan mempersembahkan kreativiti dalam laman web itu dan kata kuncinya – viral (tular), ia mampu menjana wang atau ‘menggemukkan dompet’ sesiapa sahaja.
Sepanjang 2021, tiga YouTuber ini berjaya meraih langganan dan tontonan tertinggi.
- Alyssa Dezek
Pengikut: 4,180,000
Topik: Muzik, Hiburan
Alyssa Dezek ialah YouTuber muda yang telah berjaya mengumpulkan lebih daripada 4 juta pelanggan di YouTube kerana video muka depan lagu dan kemahiran gitarnya yang luar biasa.
Warganet mula menyedarinya apabila video nyanyiannya ketika bermain ukulele menjadi tular dalam media sosial. Namanya menjadi popular selepas dia membuat liputan “Merindukanmu” oleh Dash Uciha. Sejak itu, dia telah menerima banyak tawaran untuk bermain dalam drama.
Dia mendapat banyak perhatian selepas dia berjaya membeli kereta Alphard dengan wangnya sendiri.
- Che Nom
Pengikut: 1.49 juta
Topik: masakan
Jika disebut nama Norma Bakar mungkin ada yang tak kenal, tapi kalau dengan gelaran Che Nom memang pasti ramai yang teruja.
Che Nom dikenali juga ‘mak online’ kerana beliau ibarat seorang mak yang mengajar masak di YouTube.
Jika ‘search’ sahaja resipi masakan melayu di YouTube mahupun blog, pasti saluran atau blog beliau antara carian teratas.
“Saya mula minat memasak pada 2012 setelah melahirkan anak kedua. Sedikit demi sedikit minat memasak makin menebal dalam diri dan suami juga memberi sokongan dengan menjadi jurugambar setiap kali saya memasak.
“Selain jurugambar, suami membuat suntingan sebelum dimuat turun ke dalam media sosial. Ketika itu YouTube masih baru dan belum ramai yang menggunakannya sebagai platform perkongsian,” katanya.
Tambahnya, semua orang boleh memasak, tetapi hasilnya mungkin tidak sama bergantung pada teknik memasak dan minat juga mempengaruhi hasil masakan.
- Nur Amirah Azizul Abidin
Pengikut :2.49
Topik: Muzik
Pada usia mencecah 18 tahun, Nur Amirah Syahira Azizul Abidin sudah dikenali sebagai antara YouTuber terkenal di negara ini. Antara pencapaian membanggakan ialah Nur Amirah pernah dinobatkan Youtuber terbaik Asia dua tahun lalu.
Katanya, untuk menghasilkan kandungan menarik di YouTube bukan mudah seperti yang disangka.
“Ramai tidak tahu perkara yang berlaku di belakang tabir. Kadangkala saya tertekan untuk fikirkan kandungan yang menarik.
“Namun, disebabkan minat mendalam, saya jadikan tekanan itu batu loncatan untuk buat yang terbaik bagi memuaskan hati penonton,” katanya.
Menurutnya, wang dijana dari YouTube dimanfaatkan untuk menyara keluarga.
“Jadilah YouTuber beretika dengan menjaga kelakuan yang mencerminkan budaya kita sebagai rakyat Malaysia,” katanya.
Jelasnya, kini, dia melihat ramai YouTuber baharu menyediakan kandungan beri impak positif kepada penonton.