3 maut sebelum sempat rai hari jadi

June 13, 2022 · Isu semasa

Tiga sahabat maut, manakala dua yang lain parah selepas kereta dinaiki mereka terbabit dalam kemalangan dengan sebuah lori tangki ketika dalam perjalanan untuk menyambut hari jadi, malam tadi.

Kejadian berlaku kira-kira jam 9.40 malam di Kilometer 7 Jalan Maharajalela–Teluk Intan.

Rakan mereka yang bakal diraikan sempena hari jadinya semalam iaitu K C Thinakaran, 19, antara disahkan maut.

Thinakaran bersama seorang lagi penumpang, M Phooveandra, 26, meninggal dunia ketika dirawat di Hospital Teluk Intan (HTI), manakala rakan mereka S Srinivasa Rao, 19, maut di tempat kejadian.

Ketua Polis Daerah Hilir Perak Asisten Komisioner Ahmad Adnan Basri berkata kejadian itu berlaku ketika kereta dinaiki lima sahabat itu dalam perjalanan dari arah Hutan Melintang menuju Teluk Intan.

Siasatan awal mendapati kereta dinaiki lima lelaki berkenaan terbabas dan masuk ke laluan bertentangan sebelum bertembung dengan lori tangki dipandu lelaki berusia 48 tahun.

“Selain tiga maut, dua lagi mangsa iaitu pemandu kereta berusia 26 tahun yang juga saudara kepada Thinakaran dan penumpang berusia 19 tahun dilaporkan parah.

“Mayat ketiga-tiga mangsa dihantar ke Unit Forensik HTI untuk bedah siasat selepas mendapat keputusan ujian saringan Covid-19.

“Pemandu lori tangki pula tidak mengalami kecederaan dan kes akan disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya ketika dihubungi.

Sementara itu, Ahmad Adnan berkata semua mangsa beralamat di Hutan Melintang serta Teluk Intan dan hasil siasatan mendapati ketika kejadian mereka dalam perjalanan untuk menyambut hari lahir Thinakaran.

“Pemandu yang juga pemilik kereta balik bercuti ke kampungnya di Teluk Intan. Ketika kejadian, dia keluar bersama adik saudaranya serta rakan mereka hendak menyambut hari lahir Thinakaran di pekan Teluk Intan,” katanya.

Berita berkaitan
Seorang lelaki maut jatuh tingkat 4 selepas kantoi dengan suami kekasih
June 26, 2022· Isu semasa
Polis minta saksi kemalangan maut di NKVE tampil
June 11, 2022· Isu semasa
15 warga Malaysia terlibat kemalangan di Arab Saudi
June 10, 2022· Dunia
Penjawat awam maut diremput pemandu disyaki mabuk
June 6, 2022· Isu semasa
Popular
Zahid dakwa tertekan, tak nafi guna dana YAB bayar kad kredit
June 30, 2022
Operasi cari 10 pemancing, 3 kru bot hilang diperluas: APMM
July 1, 2022
Mahkamah tangguh keputusan kes rasuah Azeez buat kali terakhir
July 1, 2022
Keputusan kes rasuah Rosmah diubah kepada 1 September
July 1, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Kekurangan doktor di HKL, HTA hanya sementara
6 minit lalu · Isu semasa
Permohonan Irwan, Arul Kanda batal saman 1MDB didengar 19 Okt
7 minit lalu · Isu semasa
Guan Eng menang kes saman terhadap dua akhbar bahasa Cina
11 minit lalu · Isu semasa
Tiada syarikat di Malaysia ada lesen import, jual air zam zam: KKM
16 minit lalu · Isu semasa
MoF sentiasa tingkat subsidi kepada rakyat: Tengku Zafrul
30 minit lalu · Isu semasa
Video / Foto
[FOTO] Himpunan bantahan kenaikan harga
2 jam lalu
[VIDEO] Marah disaman tiada lesen, langgar kereta JPJ sehingga terbalik
24 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok