3 lagi rumah sembelihan di Australia didakwa langgar protokol halal

May 25, 2022 · Isu semasa

Tiga lagi rumah sembelihan di Queensland, Australia dikatakan melanggar protokol halal sembelihan Supreme Islamic Council of Halal Meat in Australia Inc (SICHMA).

Dakwaan itu dibuat seorang wakil organisasi halal antarabangsa di Filipina yang hanya mahu dikenali sebagai amin ketika melakukan pemeriksaan mengejut di ketiga-tiga rumah sembelihan itu.

Rumah sembelihan terbabit turut mendapat pengiktirafan halal badan-badan persijilan halal di negara Asia Tenggara lain. SICHMA pula adalah badan pensijilan halal yang bertanggungjawab dalam penyeliaan halal Australia.

Amin membuat dakwaan bahawa dua da­ripada rumah sembelihan itu tidak mematuhi syarat sah penyembelihan apabila tidak ada penyembelih beragama Islam melakukan prosedur berkenaan.

Lebih mengejutkan, kata beliau, haiwan di situ ‘digemukkan’ dengan menyumbat paip air ke dalam mulut demi menaikkan berat badan sebelum haiwan itu mati dan terus dipotong bahagian badannya.

“Pada mulanya kami tidak meragui rumah-rumah sembelihan yang mendapat pengiktirafan SICHMA. Namun, tindakan dan cara rumah sembelihan ini melakukan proses penyembelihan tidak boleh diterima.

“Kami lihat sendiri ketika membuat pemantauan di sana yang pada mulanya mereka enggan membenarkan kami masuk. Dan atas sebab itu kami tidak mengiktiraf rumah sembelihan tersebut termasuk semua rumah sembelihan di Australia,” katanya pada sidang video bersama Utusan semalam.

Justeru, Amin tidak terkejut dengan apa yang didedahkan berhubung prosedur penyembelihan di Thomas Food Industries (TFI), iaitu salah satu rumah sembelihan di Australia yang tidak mematuhi protokol halal.

Menerusi bukti rakaman video pengakuan saksi, haiwan-haiwan dilemaskan dalam takungan darah binatang yang disembelih terdahulu menyebabkan haiwan itu mati akibat lemas dan bukannya kerana disembelih sebagaimana syarat yang diperlukan dalam keperluan penyembelihan halal.

Pusat penyembelihan di Lobethal, Selatan Australia itu mengeksport kambing ke Malaysia dan Singapura yang ada dalam senarai diiktiraf kerajaan Malaysia dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

Susulan itu, Jakim dan Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) memutuskan untuk menggantung lesen loji sembelihan TFI itu sehingga satu hasil siasatan menyeluruh diperoleh, namun SICHMA hanya diarahkan memberikan surat tunjuk sebab tanpa mengambil tindakan tegas menarik balik pengiktirafan mereka.

Justeru, katanya, sudah tiba masanya Jakim menilai semula pengiktirafan yang diberikan terhadap SICHMA kerana kredibiliti mereka boleh dipersoalkan dalam membuat penilaian halal terhadap mana-mana rumah sembelihan di Australia.

Katanya, bukan sahaja tidak mementingkan soal pekerja muslim dalam melakukan kerja penyembelihan, malah cara pengendalian terhadap haiwan juga disifatkan kejam dan tidak boleh diterima akal.

Berita berkaitan
Sirul dipakaikan peranti pemantauan: Laporan
November 29, 2023· Isu semasa
Najib sekali lagi nafi terlibat pembunuhan Altantuya, selepas pendedahan Sirul
November 26, 2023· Isu semasa
Warga Malaysia ditahan di Melbourne cuba seludup dadah 622 kg
October 13, 2023· Isu semasa
Hari ini kita menang, cukai pintu dihapuskan, lesen perniagaan hapus: Azmin
August 2, 2023· Politik
Popular
Kembalikan deria bau
November 9, 2021
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024
Jalan tertinggi di Malaysia dibuka
January 14, 2022
Bahasa Melayu bahasa rakyat Malaysia
April 9, 2022
Lagi Isu semasa terkini
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Kesan hapus subsidi, Bank Dunia jangka inflasi Malaysia naik 2.5 peratus
April 1, 2024 · Isu semasa
Polis terima satu lagi laporan bom petrol dilempar ke KK Mart
March 30, 2024 · Isu semasa
Senjata api dimiliki warga Israel dibekal warga tempatan: Polis
March 30, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok