3 kematian akibat Covid-19 dengan 1,845 kes baharu direkodkan semalam

May 27, 2022 · Isu semasa

Kes baharu jangkitan Covid-19 semalam yang dilaporkan Kementerian Kesihatan (KKM) adalah sebanyak 1,845 dan menjadikan jumlah keseluruhan kes 4,461,933 sudah direkodkan setakat ini.

Menurut laporan portal CovidNOW, kes jangkitan harian semalam turun sedikit dengan tiga kematian baharu direkodkan KKM.

Daripada keseluruhan kes pesakit Covid-19 yang masih aktif, sebanyak 24,089 atau 95.7 peratus daripadanya merupakan individu dikuarantin di rumah dan 17 pesakit (0.1) berada Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC).

Data itu turut menunjukkan sebanyak 1,087 atau 4.1 peratus pesakit Covid-19 dilaporkan ditempatkan di hospital dengan seramai 27 pesakit dimasukkan di unit rawatan rapi (ICU) manakala 23 kes pula memerlukan alat bantuan pernafasan.

Kes sembuh baharu Covid-19 yang direkodkan pada Khamis 1,825 kes menjadikan jumlah kumulatif kes sembuh wabak tersebut di dalam negara kepada 4,438,212.

Sementara itu, kadar penggunaan katil di hospital seluruh negara setakat Khamis ialah 66.1 peratus dengan tiga negeri yang merekodkan kadar tertinggi ialah Melaka (80.4 peratus), Kedah (76.8 peratus) dan Terengganu (76.6 peratus).

Berita berkaitan
Permohonan Rosmah cuba singkir lagi Sri Ram didengar 6 Julai
June 30, 2022· Isu semasa
Radzi wakili Malaysia di Persidangan UNESCO
June 28, 2022· Isu semasa
Kematian pertama bawah 12 tahun akibat Covid-19 di Singapura
June 28, 2022· Dunia
Tinjauan mengejut PM ke pasar raya lihat sendiri harga barang
June 26, 2022· Isu semasa
Popular
Nissan Skyline R32 dipamer di Art of Speed dirampas polis
July 3, 2022
Pemuda UMNO kritik penubuhan Pasukan Khas Jihad diumum Ismail Sabri
July 3, 2022
Kurang sikit makan telur, kata Pengarah KPDNHEP Melaka
July 2, 2022
Kerajaan ambil tindakan ketirisan minyak masak ke negara jiran
July 3, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Daripada berhimpun, baik jumpa saya cari jalan turun harga barang: Annuar
8 jam lalu · Isu semasa
Jika harga barang tak turun, PM tak tolak pertimbang kenaikan bantuan tunai
9 jam lalu · Isu semasa
Nissan Skyline R32 dipamer di Art of Speed dirampas polis
10 jam lalu · Isu semasa
Pemuda UMNO kritik penubuhan Pasukan Khas Jihad diumum Ismail Sabri
12 jam lalu · Isu semasa
Kompleks hiburan sukan konsep digital RM6 juta bakal dibina di Ketereh
13 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Tak serius, kerajaan ambil lewa isu harga barang, kata pemimpin Amanah
July 1, 2022
[FOTO] Himpunan bantahan kenaikan harga
July 1, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok