3 bersaudara lemas ketika berkelah dikebumi dalam satu liang lahat

June 11, 2022 · Isu semasa

Jenazah tiga bersaudara yang lemas ketika berkelah di kawasan Air Terjun Lata Changkah, Ulu Seladang, Setiu selamat dikebumikan dalam satu liang lahat, awal pagi tadi.

Jenazah Syariatul Nurfatihah Mohd Dera, 28, dan adiknya Syariatul Noor Syafiqa, 26, serta sepupu mereka Siti Aisyah Mazalan, 19, tiba di Tanah Perkuburan Islam Kampung Hilir Maras dekat Batu Rakit di Kuala Nerus pada jam 3.23 pagi dan selamat dikebumikan kira-kira 4 pagi.

Ibu kedua-dua beradik itu Sarimah Awang, 62, berkata meskipun terkejut dengan kehilangan serentak anak ketiga dan keempat yang juga anak bongsunya itu, beliau reda dengan ujian tersebut, lapor Bernama.

“Memang makcik tidak tahu hendak kata apa lagi. Tetapi inilah ujian yang Allah berikan makcik harus terima,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di Unit Forensik Hospital Setiu malam tadi.

Sarimah berkata ketika kejadian beliau yang turut sama berkelah dengan beberapa ahli keluarga terlebih dahulu pulang ke rumah di Kampung Hilir Maras dekat Batu Rakit di sini untuk menidurkan cucunya, sebelum menerima panggilan daripada seorang individu yang menyuruhnya menghubungi pihak bomba.

“Sejurus sampai sahaja di rumah ada orang telefon suruh makcik hubungi bomba. Makcik ingatkan ada kebakaran tetapi rupanya anak-anak makcik dan anak saudara lemas.

“Semasa kejadian siapa yang jatuh dahulu makcik tidak tahu kerana telah pulang tetapi difahamkan anak sulung makcik (Syariatul Syafira, 32) juga ingin tolong mereka tetapi dia pun hampir lemas. Mujur dia sempat diselamatkan dan kini sedang terima rawatan di wad,” katanya.

Katanya kedua-dua anaknya serta sepupu mereka Siti Aisyah sememangnya rapat sejak kecil dan sering menghabiskan waktu bersama.

Sarimah berkata telatah Syariatul Nurfatihah dan Syariatul Noor Syafiqa yang sangat akrab dan sering bergurau senda itu akan pasti dirinduinya nanti.

Beliau berkata mereka sekeluarga sering berkunjung ke Sungai Lata Changkah namun semalam merupakan kali pertama mereka berkelah di lokasi kejadian yang agak jauh ke dalam kerana ramai pengunjung.

Ketua Polis Daerah Setiu DSP Affandi Hussin dalam kenyataan semalam berkata difahamkan kejadian berlaku apabila kesemua mangsa telah hampir selesai berkelah bersama keluarga pada sekitar 2.30 petang, sebelum salah seorang mereka tergelincir lalu jatuh serta menarik bersamanya dua lagi mangsa.

Affandi berkata ketiga-tiga mangsa cuba diselamatkan oleh orang awam dan dibawa ke Hospital Setiu, namun pihak hospital mengesahkan mereka telah meninggal dunia.

Berita berkaitan
Kanak-kanak hilang di rumah rakit ditemui lemas
May 29, 2022· Isu semasa
Dua pembantu kesihatan direman bantu kes rasuah pengurusan jenazah
May 27, 2022· Isu semasa
Muhyiddin ziarah keluarga anggota bomba lemas di Melaka
October 21, 2021· Isu semasa
Solat jenazah di masjid, surau 14 mukim di Besut tidak dibenarkan
May 24, 2021· Isu semasa
Popular
Kurang sikit makan telur, kata Pengarah KPDNHEP Melaka
July 2, 2022
MPN dibentuk PM, Muhyiddin jawab kritikan Zahid yang berdepan kes mahkamah
July 2, 2022
Enjin bot rosak: 10 pemancing, 3 kru selamat
July 2, 2022
Keluarga B40 bertambah, MPN gesa usaha pulih ekonomi dipercepat
July 2, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Ku Li jangka nilai ringgit jatuh lagi, gesa kerajaan campur tangan
2 jam lalu · Isu semasa
MPN dibentuk PM, Muhyiddin jawab kritikan Zahid yang berdepan kes mahkamah
7 jam lalu · Isu semasa
Malaysia bukan di planet lain, isu kos sara hidup berlaku seluruh dunia: PM
9 jam lalu · Isu semasa
Bekalan minyak masa peket pulih dalam masa terdekat
9 jam lalu · Isu semasa
Segerakan penubuhan Majlis Pemulihan Negeri bantu rakyat susah
9 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Tak serius, kerajaan ambil lewa isu harga barang, kata pemimpin Amanah
July 1, 2022
[FOTO] Himpunan bantahan kenaikan harga
July 1, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok