3.2 juta rakyat akan lengkap dos kedua tengah bulan depan

June 21, 2021 · Isu semasa

Putrajaya menjangkakan 3.2 juta orang akan menerima dos vaksinasi lengkap kedua tengah bulan depan selepas mengambil kira bekalan vaksin dan keupayaan pusat pemberian vaksin (PPV) sedia ada.

Jumlah tersebut meliputi 10 peratus penduduk seluruh negara dan bagi setiap 100 dos yang diberikan, 30 dos adalah dos kedua, kata Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) Khairy Jamaluddin.

“Kami menjangkakan kira-kira 8 juta dos vaksin akan diagihkan menjelang akhir bulan ini dan 10.7 juta dos pada pertengahan bulan depan.

“Ketika ini, bagi setiap 100 dos yang kami berikan, 30 dos adalah dos kedua,” katanya dalam sidang media Badan Bertindak Imunisasi Covid-19 (CITF) hari ini.

Beliau yang juga Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi berkata, lebih banyak PPV dibuka di seluruh negara dalam masa terdekat bagi mencapai sasaran itu.

Menurutnya, terbaharu, PPV terbesar iaitu Stadium Bukit Jalil mula beroperasi hari ini dengan kapasiti 5,000 suntikan dos sehari dan ia juga mampu mengendalikan kapasiti maksimum sehingga 10,000 dos sehari.

“Turut dibuka hari ini adalah PPV mega di Universiti Teknologi MARA (UiTM) yang mempunyai kapasiti 3,000 suntikan sehari.

“Selain itu, 17 PPV awam baharu turut beroperasi hari ini masing-masing di Sabah, Sarawak, Terengganu dan Labuan,” katanya.

Kata Khairy, setakat ini juga, sebanyak 782 PPV swasta di buka di seluruh negara yang dikendalikan pengamal perubatan swasta dan ia mula beroperasi sejak 3 Mei lalu.

Dalam pada itu, berhubung bekalan vaksin CanSino Biologics, Khairy berkata ia dijangka pada Julai namun kerajaan masih menunggu maklum balas daripada fasiliti Covax berhubung tarikh vaksin Johnson & Johnson (J&J) yang akan dihantar ke Malaysia.

“Kita akan terima bekalan vaksin (dari CanSino) pada bulan Julai.

“Kita sedang memuktamadkan jadual penghantaran untuk CanSino, tetapi saya yakin vaksin CanSino dapat diagihkan pada penghujung bulan Julai.

“Bagi vaksin Johnson & Johnson, kita masih belum mendapat respons dari fasiliti Covax.

“Kita telah menggunakan pilihan dengan Covax untuk pilih vaksin Johnson & Johnson, tapi hingga hari ini Covax masih belum mengirim sebarang jadual penghantaran vaksin Johnson & Johnson ke Malaysia,” katanya.

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023· Isu semasa
Popular
Kenapa generasi muda semakin hilang adab?
February 14, 2023
Semua pihak perlu peka isu buli
December 15, 2021
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Indonesia sahkan tak buat kenyataan tuntut Tubir Selatan: Wisma Putra
January 21, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
5 jam lalu · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
5 jam lalu · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok