29 Ogos pengurusan kes sebabkan kematian 8 remaja

June 28, 2022 · Isu semasa

Mahkamah Rayuan menetapkan 29 Ogos bagi pengurusan kes selanjutnya dalam rayuan seorang kerani wanita terhadap sabitan dan hukuman penjara kerana memandu secara melulu sehingga menyebabkan kematian lapan remaja menaiki basikal yang diubah suai dikenali sebagai basikal lajak.

Tarikh itu ditetapkan selepas pengurusan kes di hadapan Timbalan Pendaftar Mahkamah Rayuan Tan Chai Wei secara dalam talian hari ini, menurut Bernama.

Peguam Harvinderjit Singh yang mewakili Sam Ke Ting, semasa dihubungi berkata timbalan pendaftar menetapkan tarikh tersebut kerana rekod rayuan belum siap.

“Pada pengurusan kes akan datang, kami akan mengemaskinikan perkara itu (rekod rayuan),” katanya.

Pada 18 April, Mahkamah Rayuan memberi kebenaran kepada Sam untuk merayu terhadap hukuman penjara enam tahun dan denda RM6,000 yang dikenakan oleh Mahkamah Tinggi Johor Bahru.

Mahkamah Rayuan juga membenarkan permohonan Sam untuk menangguhkan pelaksanaan hukuman penjara dan bebas dengan ikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin sementara menunggu pendengaran rayuannya.

Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Abu Bakar Katar menjatuhkan hukuman penjara dan denda ke atas Sam selepas membenarkan rayuan pihak pendakwaan untuk mengetepikan keputusan Mahkamah Majistret pada 10 Okt tahun lepas, yang melepas dan membebaskan wanita itu.

Beliau juga memerintahkan wanita itu dikenakan hukuman penjara enam bulan sekiranya gagal membayar denda dan larangan memandu selama tiga tahun selepas tamat menjalani hukuman.

Sam yang berusia 22 tahun ketika kejadian, didakwa melakukan kesalahan itu pada 3.20 pagi, 18 Feb 2017 di Jalan Lingkaran Dalam, Johor Bahru, Johor.

Lapan remaja yang maut dalam tragedi itu ialah Mohamad Azrie Danish Zulkefli, 14; Muhamad Shahrul Izzwan Azzuraimie, 14; Muhammad Firdauz Danish Mohd Azhar, 16; Fauzan Halmijan, 13; Mohamad Azhar Amir, 16; Muhammad Harith Iskandar Abdullah, 14; Muhammad Shahrul Nizam Marudin, 14 dan Haizad Kasrin, 16.

Berita berkaitan
Pengarah urusan syarikat tipu pakej umrah dipenjara 10 tahun
9 jam lalu· Isu semasa
Shahrir bayar penuh beli kereta Honda RM118,485 guna cek: Saksi
16 jam lalu· Isu semasa
Saksi kes Guan Eng akui bayar orang tengah RM19 juta sebab diugut
18 jam lalu· Isu semasa
Saman Muhyiddin: Permohonan injunksi Zahid ditolak mahkamah
19 jam lalu· Politik
Popular
PDRM umum pertukaran 20 pegawai kanan
August 9, 2022
Bersatu gesa kerajaan tubuh RCI siasat skandal kapal tak siap
August 8, 2022
Rafizi dakwa ada surat bocor kaitkan Najib berhubung kontrak LCS
August 8, 2022
Pengarah urusan syarikat tipu pakej umrah dipenjara 10 tahun
August 9, 2022
Lagi Isu semasa terkini
PM lapor polis akaun Telegram, Signal peribadi digodam
42 minit lalu · Isu semasa
Skandal LCS: Keselamatan negara atau selamatkan wang negara daripada hangus?
47 minit lalu · Isu semasa
Kes baharu semalam kekal bawah 3,000, enam kematian dicatat
55 minit lalu · Isu semasa
Subsidi bersasar dilaksana apabila keadaan ekonomi mengizinkan: Zafrul
10 jam lalu · Isu semasa
Polis tahan lelaki letak vape dalam mulut bayi
10 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[FOTO] Dragon Muay Thai gegar Bukit Bintang
August 8, 2022
[VIDEO] Jentera UMNO diarah mantap persiapan hadapi PRU-15
August 5, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok