2,888 kes baharu, negara alami ‘gelombang pasang surut’

January 9, 2022 · Isu semasa

Jangkitan baharu Covid-19 di seluruh negara dalam tempoh 24 jam sehingga 12 tengah hari tadi turun lagi, sekali gus menunjukkan negara kini mengalami ‘pasang surut’ kes harian.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata dalam tempoh itu sebanyak 2,888 jangkitan baharu dilaporkan, berbanding 3,381 kes semalam.

Dalam kenyataan ringkas hari ini beliau berkata angka itu menjadikan kumulatif kes positif sejak awal 2020 lalu meningkat kepada 2,786,219 kes.

Sehingga semalam, seramai 2,711,900 pesakit disahkan sembuh, manakala 31,655 lagi meninggal dunia akibat komplikasi Covid-19, dan 39,776 kes masih aktif.

Daripada jumlah kes aktif itu, 32,866 pesakit menjalani kuarantin di rumah; 3,230 ditempatkan di PKRC; 3,427 dimasukkan ke hospital; dan 253 dirawat di unit rawatan rapi, dengan 115 daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan.

Pada masa sama Dr Noor Hisham memaklumkan kadar kebolehjangkitan Covid-19 atau Ro/Rt pada jangkaan mengikut kes seharian semalam untuk seluruh negara adalah pada nilai 0.97.

Nilai Rt merujuk kepada tahap kebolehjangkitan virus iaitu berapa ramai individu boleh dijangkiti oleh satu kes positif. Semakin rendah nilai itu, semakin kurang kemungkinan jangkitan bagi setiap kes positif.

Menurut pakar kesihatan, nilai Rt berada pada tahap membimbangkan apabila ia melepasi nilai 1.00 dengan lebih ramai individu berpotensi untuk dijangkiti.

Lima negeri berada pada nilai membimbang apabila mencatat nilai Rt melebihi 1.00

Labuan merekodkan nilai Rt 1.12 diikuti Sabah 1.06; Melaka (1.04); Kuala Lumpur (1.03) dan Negeri Sembilan (1.00). Negeri-negeri lain mencatat nilai Rt antara 0.85 dan 0.99.

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023· Isu semasa
Popular
Annuar yang pernah fitnah Bersatu dilantik pengerusi baharu UDA
March 23, 2023
Ulama tersohor Pulau Pinang Syeikh Abdullah meninggal dunia
January 9, 2022
Beberapa negeri bakal berdepan hujan lebat dan ribut petir esok: MetMalaysia
October 23, 2022
Rumah Terbuka bersama Sanusi cecah 50 ribu orang lebih, lapor Sinar Harian
April 28, 2023
Lagi Isu semasa terkini
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
24 jam lalu · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Kesan hapus subsidi, Bank Dunia jangka inflasi Malaysia naik 2.5 peratus
April 1, 2024 · Isu semasa
Polis terima satu lagi laporan bom petrol dilempar ke KK Mart
March 30, 2024 · Isu semasa
Senjata api dimiliki warga Israel dibekal warga tempatan: Polis
March 30, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok