2,877 kes baharu, lapan kematian

November 25, 2022 · Isu semasa

Jumlah jangkitan harian Covid-19 dalam tempoh 24 jam semalam (Khamis, 24 November 2022) turun kepada 2,877 kes setelah mencatat 3,537 kes dalam tempoh sama pada Rabu.

Menurut rekod Kementerian Kesihatan (KKM) yang dikemas kini pagi ini, jumlah itu menjadikan kumulatif positif Covid-19 sejak 25 Januari 2020 hingga semalam meningkat kepada 4,978,350 kes, dengan 4,914,858 pesakit telah sembuh, termasuk 3,226 yang pulih semalam.

Menurut data laman sesawang Github KKM, daripada jumlah jangkitan baharu itu, 1,837 kes melibatkan individu yang telah menerima suntikan dos penggalak; 718 kes (penerima dua dos); 310 kes (individu tidak divaksinasi); dan 12 kes (individu belum lengkap divaksinasi).

Sementara itu, data laman sesawang KKMNOW yang dikemas kini tengah malam tadi menunjukkan sehingga kini 26,856 kes masih aktif, turun semula berbanding 27,213 yang dilaporkan sehingga Rabu.

Daripada jumlah itu, 24,743 pesakit masih menjalani kuarantin di rumah (25,127 pesakit pada Rabu); dan 2,016 dirawat di hospital, meningkat semula berbanding 1,978 pada Rabu.

Seramai 97 pesakit dimasukkan ke unit rawatan rapi (101 pada Rabu), dengan 62 daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan (61 pada Rabu).

Berikut adalah jumlah kes harian setiap negeri semalam, serta kumulatif positif sejak Januari 2020:

  • Selangor – 701 (1,527,630)
  • Kuala Lumpur – 311 (462,114)
  • Sabah – 222 (403,830)
  • Johor – 46 (396,736)
  • Sarawak – 176 (319,990)
  • Kedah – 165 (315,069)
  • Pulau Pinang – 184 (304,092)
  • Kelantan – 183 (258,041)
  • Perak – 150 (236,377)
  • Negeri Sembilan – 124 (228,764)
  • Pahang – 152 (180,842)
  • Melaka – 207 (141,001)
  • Terengganu – 104 (131,676)
  • Putrajaya – 119 (30,821)
  • Labuan – 24 (22,613)
  • Perlis – 9 (18,754).

Sementara itu, lapan pesakit meninggal dunia akibat komplikasi Covid-19 dalam tempoh 24 jam semalam, termasuk satu kes kematian di luar fasiliti kesihatan atau ‘brought in death’ (BID).

Tiga daripada kes kematian itu dilaporkan di Terengganu; Perak (dua termasuk 1 BID), dan masing-masing satu di Negeri Sembilan, Sarawak dan Selangor.

Jumlah itu menjadikan kumulatif kematian akibat komplikasi Covid-19 yang dilaporkan mulai 17 Mac 2020 hingga semalam sebanyak 36,636 kes, termasuk 7,796 kes BID.

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023· Isu semasa
Popular
Kenapa generasi muda semakin hilang adab?
February 14, 2023
Yusri Ketua Polis Perak baharu
August 25, 2022
Kemiskinan berleluasa, ketidakstabilan ekonomi akibat rasuah
February 8, 2023
Reka bentuk baharu jalan Bukit Kayu Hitam ke Sadao siap November
August 28, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok