2,875 kes baharu, Kelantan paling tinggi

Data 22 April 2021

Kelantan mencatatkan jangkitan terbaharu Covid-19 tertinggi di Malaysia dalam tempoh 24 jam, dengan 662 kes dilaporkan, kata Kementerian Kesihatan (KKM), pada Khamis.

Selangor pula mencatatkan 633 kes diikuti Sarawak (474), Kuala Lumpur (332) dan Johor (169).

Secara keseluruhan 2,875 jangkitan baharu dilaporkan membabitkan 2,846 jangkitan tempatan dan 29 import, menjadikan kumulatif kes sebanyak 384,688 kes.

Tujuh kematian juga dilaporkan, menjadikan keseluruhan yang meninggal dunia akibat Covid-19 di negara ini ialah 1,407.

Menurut data terbaharu diterbitkan KKM, 248 pesakit kini menerima rawatan di unit rawatan rapi, dengan 115 memerlukan bantuan alat pernafasan.