2,852 kes baharu, 12 kematian

November 16, 2022 · Isu semasa

Seramai 12 pesakit meninggal dunia akibat komplikasi Covid-19 dalam tempoh 24 jam semalam (Selasa, 15 November 2022), tertinggi sejak 22 September lalu dengan mencatat jumlah sama, menurut data laman sesawang Github Kementerian Kesihatan (KKM).

Selangor merekodkan kes kematian tertinggi iaitu sebanyak lima pesakit, menjadikan keseluruhan jumlah pesakit yang meninggal dunia di negeri itu sejak Mac 2020 ialah 4,662 kes, termasuk 704 yang meninggal dunia di luar fasiliti kesihatan atau ‘brought in death’ (BID).

Dalam tempoh sama, Pulau Pinang mencatat tiga kes kematian diikuti Perak (dua); dan masing-masing satu di Pahang serta Sabah.

Jumlah itu menjadikan kumulatif kematian akibat komplikasi Covid-19 yang dilaporkan mulai 17 Mac 2020 hingga semalam sebanyak 36,566 kes, termasuk 7,777 kes BID.

Sementara itu, KKM juga melaporkan jumlah jangkitan harian Covid-19 dalam tempoh 24 jam semalam meningkat semula kepada 2,852 kes, berbanding 1,749 yang direkodkan pada Isnin.

Jumlah itu menjadikan kumulatif positif Covid-19 sejak 25 Januari 2020 hingga semalam sebanyak 4,953,418 kes, dengan 4,888,938 pesakit telah sembuh, termasuk 3,710 yang pulih semalam.

Menurut data laman sesawang Github KKM, daripada jumlah jangkitan baharu itu, 1,951 kes melibatkan individu yang telah menerima suntikan dos penggalak; 649 kes (penerima dua dos); 235 kes (individu tidak divaksinasi); dan 17 kes (individu belum lengkap divaksinasi).

Sementara itu, data laman sesawang KKMNOW yang dikemas kini tengah malam tadi menunjukkan sehingga kini 27,914 kes masih aktif, turun lagi berbanding 28,784 yang dilaporkan sehingga Isnin.

Daripada jumlah itu, 25,969 pesakit masih menjalani kuarantin di rumah (26,829 pesakit pada Isnin); dan 1,848 dirawat di hospital, turun berbanding 1,866 pada Isnin.

Seramai 97 pesakit dimasukkan ke unit rawatan rapi (89 pada Isnin), dengan 57 daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan (54 pada Isnin).

Berikut adalah jumlah kes harian setiap negeri semalam, serta kumulatif positif sejak Januari 2020:

  • Selangor – 936 (1,518,540)
  • Kuala Lumpur – 316 (460,002)
  • Sabah – 212 (402,031)
  • Johor – 78 (396,273)
  • Sarawak – 142 (318,731)
  • Kedah – 183 (313,633)
  • Pulau Pinang – 92 (302,705)
  • Kelantan – 174 (256,852)
  • Perak – 104 (235,337)
  • Negeri Sembilan – 81 (227,897)
  • Pahang – 82 (179,884)
  • Melaka – 190 (139,432)
  • Terengganu – 77 (130,995)
  • Putrajaya – 169 (29,952)
  • Labuan – 13 (22,467)
  • Perlis – 3 (18,687)

Malaysia Memilih
Semak keputusan PRU15
Berita berkaitan
PRU15: Tiada laluan khas pengundi positif Covid-19 di pusat undi
November 16, 2022· Isu semasa
KJ, Dr Noor Hisham disaman isu vaksin Covid-19
November 16, 2022· Isu semasa
Covid-19 : Pengundi positif dilarang naik Grab, bas keluar undi
November 15, 2022· Isu semasa
5 mangsa banjir positif Covid-19 di Kelantan
November 14, 2022· Isu semasa
Popular
Selepas jadi PM tersingkat, kes saman Ismail Sabri dengan Lokman selesai tanpa bicara
November 29, 2022
Sembilan pertuduhan rogol, amang seksual dihadapi penceramah bebas
November 29, 2022
Peguam Rosmah ditegur hakim supaya utamakan kes pengubahan wang haram
November 29, 2022
Lelaki muat naik video berunsur perkauman dibebaskan
November 26, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Selepas jadi PM tersingkat, kes saman Ismail Sabri dengan Lokman selesai tanpa bicara
12 jam lalu · Isu semasa
Sembilan pertuduhan rogol, amang seksual dihadapi penceramah bebas
14 jam lalu · Isu semasa
Peguam Rosmah ditegur hakim supaya utamakan kes pengubahan wang haram
14 jam lalu · Isu semasa
Ismail Sabri nafi perbelanjaan 2020-2022 tak direkod dalam akaun
20 jam lalu · Isu semasa
2,465 kes baharu Covid-19 semalam, lima kematian
20 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Muhyiddin zahir terima kasih, Perikatan tidak akan sertai kerajaan Anwar
November 25, 2022
[VIDEO] Setpol Ismail Sabri dikaitkan rancang jatuhkan Najib
November 25, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok