
Data sehingga 20 Januari 2023.
Jangkitan harian Covid-19 di seluruh negara dalam tempoh 24 jam semalam (Jumaat, 20 Januari 2023) turun semula kepada 285 kes, berbanding 318 yang direkodkan pada Khamis, kata Kementerian Kesihatan (KKM).
Bagaimanapun, tujuh kematian dicatat semalam, setelah tiada pesakit meninggal dunia akibat Covid pada Khamis.
Lima daripada jangkitan baharu itu adalah kes import. Tetapi tiada maklumat kewarganegaraan individu yang dijangkiti virus SARS-CoV-2 itu.
Data laman sesawang KKM yang dikemas kini tengah malam tadi juga menunjukkan jangkitan semalam turut melibatkan 26 kanak-kanak, turun dua kes berbanding 28 yang dicatat pada Khamis.
Ia membabitkan 13 kes kanak-kanak berusia 0 hingga empat tahun, dan 13 kes lagi kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun, lapor KKM.
Daripada jumlah jangkitan baharu semalam, 211 kes melibatkan individu yang telah menerima suntikan vaksin dos penggalak, diikuti 42 (individu yang lengkap divaksinasi); satu kes melibatkan individu belum lengkap divaksinasi; dan 31 kes (individu tidak divaksinasi).
Jumlah terbaharu itu menjadikan kumulatif positif sejak 25 Januari 2020 sebanyak 5,034,228 dengan 4,986,943 pesakit telah sembuh, termasuk 300 yang pulih semalam.
KKM juga memaklumkan sehingga semalam 10,355 kes masih aktif, turun lagi berbanding 10,377 yang dicatat pada Khamis (10,390 pada Rabu).
Sementara, 9,957 pesakit kini masih menjalani kuarantin di rumah, turun berbanding 9,960 pada Khamis. Tiada pesakit yang ditempatkan di PKRC.
Menurut KKM, jumlah pesakit yang menerima rawatan di hospital bagaimanapun, turun lagi kepada 382 kes berbanding 398 pada Khamis dan 404 pada Rabu.
Seramai 16 pesakit dimasukkan ke unit rawatan rapi (19 pada Khamis), dengan 14 daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan (15 pada Khamis).
Berikut adalah pecahan kes baharu semalam mengikut negeri dan wilayah, serta kumulatif kes positif:
- Selangor – 98 (1,547,538);
- Kuala Lumpur – 69 (467,632);
- Sabah – 4 (406,762);
- Johor – 15 (398,130);
- Sarawak – 13 (324,182);
- Kedah – 8 (318,454);
- Pulau Pinang – 11 (307,311);
- Kelantan – 3 (260,013);
- Perak – 14 (238,855);
- Negeri Sembilan – 9 (230,835);
- Pahang – 6 (182,580);
- Melaka – 21 (144,748);
- Terengganu – 3 (132,902);
- Putrajaya – 9 (32,350);
- Labuan – 1 (22,951); dan
- Perlis – 1 (18,985).
Sementara itu tujuh pesakit dilaporkan meninggal dunia akibat komplikasi Covid-19 dalam tempoh 24 jam semalam, namun tiada kematian di luar fasiliti kesihatan atau ‘brought in death’ (BID.
Semua kes kematian itu dilaporkan di Lembah Klang, dengan empat daripadanya direkodkan di Selangor, manakala tiga lagi di Kuala Lumpur.
Ini menjadikan kumulatif kematian sejak 17 Mac 2020 di seluruh negara meningkat kepada 36,927 mangsa, termasuk 7,866 kes BID.