2,847 kes baharu Covid-19

Statistik 23 April 2021

Sebanyak 2,847 jangkitan baharu Covid-19 dilaporkan dalam tempoh 24 jam lalu, menjadikan angka kumulatif kes adalah sebanyak 387,535.

Sebanyak lapan kematian direkodkan manakala kes aktif terus menunjukkan peningkatan iaitu 22,512 kes berbanding semalam, 22,014 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, sebanyak 260 kes memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) manakala 125 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Katanya, Selangor kembali menjadi negeri tertinggi kes positif baharu iaitu 748 kes diikuti Sarawak, 717 kes; Kelantan, 476 kes; Kuala Lumpur, 302 kes; Negeri Sembilan, 105 kes dan Johor, 130 kes.

POPULAR