28,298 kes baharu Covid-19 semalam

March 17, 2022 · Isu semasa

Jangkitan harian Covid-19 di seluruh negara dalam tempoh 24 jam semalam (Rabu, 16 Mac 2022), melonjak lagi kepada 28,298 kes berbanding 26,534 yang direkodkan pada Selasa.

Angka terbaharu itu menjadikan kumulatif positif sejak awal 2020 hingga semalam mencecah 3,900,433 kes – ketiga tertinggi dalam kalangan 10 negara ASEAN selepas Vietnam dan Indonesia.

Daripada jumlah kumulatif positif itu, seramai 3,567,003 pesakit telah sembuh, manakala 34,099 kematian turut dilaporkan, menurut laman sesawang CovidNOW yang dikemas kini pagi ini.

Setakat ini, sebanyak 299,331 kes masih aktif dengan 289,043 pesakit menjalani kuarantin di rumah; 2,082 ditempatkan di PKRC; 7,832 dimasukkan ke hospital; dan 374 pesakit dirawat di unit rawatan rapi (ICU), termasuk 233 yang memerlukan alat bantuan pernafasan.

Data juga menunjukkan semua negeri dan Wilayah Persekutuan, kecuali Sarawak, Perlis, Kelantan, Kedah dan Putrajaya, merekodkan peningkatan jangkitan harian semalam.

Selangor merekodkan jumlah jangkitan harian tertinggi semalam apabila mencatat 7,561 kes berbanding 7,217 pada Selasa, menjadikan kumulatif positif di negeri itu meningkat kepada 1,064,796 kes, dengan 978,779 pesakit telah sembuh, 10,394 kes kematian, dan 75,623 kes masih aktif.

Daripada jumlah kes aktif itu, seramai 73,670 pesakit menjalani kuarantin di rumah; 367 ditempatkan di PKRC; 1,535 dimasukkan ke hospital; dan 51 dirawat di ICU, dengan 31 daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan.

Negeri lain yang mencatat peningkatan harian semalam ialah:

  • Kuala Lumpur – 3,565 kes baharu (2,892 Selasa);
  • Johor – 2,577 kes (2,241 Selasa);
  • Pulau Pinang – 2,441 kes (2,324 Selasa);
  • Negeri Sembilan – 1,968 kes (1,547 Selasa);
  • Perak – 1,446 kes (1,296 Selasa);
  • Pahang – 1,302 kes (1,055 Selasa);
  • Terengganu – 934 kes (826 Selasa);
  • Melaka – 727 kes (635 Selasa);
  • Sabah – 708 kes (591 Selasa); dan
  • Labuan – 146 kes (71 Selasa).

Enam kluster baharu dengan tiga daripadanya melibatkan pendidikan turut dikesan semalam, manakala tiga lagi adalah kluster tempat kerja, keagamaan dan kumpulan berisiko tinggi.

Kluster pendidikan yang dikesan melibatkan:

  • Kluster Jalan Pantai Km 14, Port Dickson Negeri Sembilan – 42 kes;
  • Kluster Dua Jalan Marmar di Kepong, Kuala Lumpur – 18 kes; dan
  • Kluster Jalan Wangsa Kuarza, Titiwangsa, Kuala Lumpur – 6 kes.

Manakala kluster tempat kerja di kesan di Pulau Pinang melibatkan 25 kes; keagamaan di Kuala Lumpur (lima kes), dan 25 kes melibatkan kluster kumpulan berisiko tinggi di Kulai, Johor.

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023· Isu semasa
Popular
Bahasa Melayu bahasa rakyat Malaysia
April 9, 2022
Kembalikan deria bau
November 9, 2021
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Lagi Isu semasa terkini
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Kesan hapus subsidi, Bank Dunia jangka inflasi Malaysia naik 2.5 peratus
April 1, 2024 · Isu semasa
Polis terima satu lagi laporan bom petrol dilempar ke KK Mart
March 30, 2024 · Isu semasa
Senjata api dimiliki warga Israel dibekal warga tempatan: Polis
March 30, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok