28 kematian akibat Covid semalam

Jumlah kematian akibat komplikasi Covid-19 dalam tempoh 24 jam semalam (Isnin, 4 April 2022) turun lagi kepada 28 kes, berbanding 30 yang dicatat pada Ahad.

Menurut statistik laman sesawang CovidNOW Kementerian Kesihatan (KKM), tujuh daripada pesakit meninggal dunia di luar fasiliti kesihatan atau dikategorikan sebagai kes ’brought in death’ (BID).

Tiada maklumat terperinci sama ada tujuh kes BID itu turut membabitkan 175,339 individu yang menjalani kuarantin di rumah kerana positif Covid-19 pada tahap rendah.

Daripada data yang ditunjukkan, dua negeri mencatat enam kematian semalam iaitu Selangor dan Perak, menjadikan kumulatif kedua-duanya sebanyak 10,551 dan 1,856 kes.

Perak kini merekodkan kumulatif positif sebanyak 191,693 kes, dengan 182,932 pesakit telah pulih, dan 6,905 kes masih aktif, termasuk 6,571 pesakit yang sedang menjalani kuarantin di rumah.

Seramai lapan pesakit pula ditempatkan di PKRC, 314 dimasukkan ke hospital, dan 12 pesakit dirawat di unit rawatan rapi, dengan lapan daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan.

Bagi negeri-negeri lain, Johor mencatat lima kematian, diikuti Pulau Pinang (empat); Negeri Sembilan (tiga); Pahang (dua); dan masing-masing satu di Kedah, serta Sarawak.

Tiada kes kematian dilaporkan di Kelantan, Melaka, Perlis, Sabah, Terengganu, Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya, semalam.

Berikut adalah jumlah kematian mengikut kumpulan umur sepanjang minggu lalu:

  • 80 tahun dan ke atas – 106 kes;
  • 70 hingga 79 tahun – 81 kes;
  • 60 hingga 69 tahun – 59 kes;
  • 50 hingga 59 tahun – 28 kes;
  • 40 hingga 49 tahun – 22 kes;
  • 30 hingga 39 tahun – 10 kes;
  • 12 hingga 17 tahun – tiga kes;
  • Lima hingga 11 tahun – dua kes;
  • 18 hingga 29 tahun – satu kes; dan
  • 0 hingga empat tahun – satu kes.

BERITA BERKAIT
POPULAR