28 dituduh sertai kumpulan jenayah terancang Geng 08 GST

July 19, 2022 · Isu semasa

Dua puluh lapan lelaki dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kuala Kubu Bharu hari ini (19 JUlai 2022) atas pertuduhan menjadi ahli kumpulan jenayah terancang dikenali sebagai ‘Geng 08 GST.’

Mereka ialah P.Thanasegaran, 46; K.Saravanak Kumar, 36; S.Selvamogan, 44; N.Yogeswaran, 41; N.Ganesan, 43; R.Raja Kumar, 39; Aziz Latip Hasannar, 42; N.Chandran, 37; B.Vinot, 27; K.Selvam, 38; dan P.Tachana Moorthy, 36.

Turut didakwa S.Vekneswaran, 36; M.Saravanan, 40; V.Elengo Van, 36; V.Thinagaran, 28; M.Eswaran, 33; S.Navin ,29; S.Kali Muthu, 44; B.Moganraj, 30; A.Poobalan, 29; N.Vijendran, 37; K.Punitharajan, 26; R.Devandran, 35; R.Vengateswaran, 26; Tan Eng Sun, 22; P.Sathteswaran, 23; G.Gananathan, 23; dan H.Arvind, 24.

Tiada pengakuan direkodkan selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Nurul Mardhiah Mohammed Redza kerana mereka ditahan mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) yang akan dibicarakan di Mahkamah Tinggi, menurut Bernama.

Mereka didakwa melakukan perbuatan itu di Tin Mine, Kalumpang, Hulu Selangor di sini antara Januari 2019 hingga 23 Jun lepas mengikut Seksyen 130V(1) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Muhamad Iskandar Ahmad, Ahmad Shafiq Hasim, Khairul Azreem Mamat dan Yong Ching Hong manakala tertuduh diwakili peguam Datuk Geethan Ram Vincent, Datuk R.Thinalan, Datuk David Gurupatham, JM Mark, K.Shalvin, Mohd Hanif Hassan, P.S. Doal dan Mujahidah Almukimah Fakhfurazi.

Pendakwaan tidak menawarkan jaminan manakala pembelaan memohon agar anak guam mereka dilepaskan dengan ikat jamin atas alasan mempunyai tanggungan terhadap keluarga selain berdepan masalah kesihatan yang memerlukan rawatan di hospital.

Mahkamah tidak membenarkan mereka diikat jamin dan menetapkan 22 Ogos untuk sebutan semula kes bagi serahan dokumen.

Kesemua tertuduh dibawa ke mahkamah pada 7.45 pagi dengan menaiki tiga trak polis manakala ahli keluarga mereka yang berada di pekarangan mahkamah seawal 7.30 pagi dikawal rapi oleh pasukan polis bagi tujuan keselamatan.

Selepas prosiding mahkamah berakhir, ada ahli keluarga dilihat menangis sambil memanggil-manggil nama tertuduh apabila mereka dibawa menaiki trak polis untuk dibawa ke Penjara Sungai Buloh.

Berita berkaitan
Kes 1MDB: Saksi mengaku gagal kendali akaun Najib
22 jam lalu· Isu semasa
Kes rasuah Bung Moktar dan isteri ditetapkan untuk sebutan 27 Mac
23 jam lalu· Isu semasa
Hakim baharu dalam rayuan bekas menteri Sabah terhadap sabitan dan hukuman
January 27, 2023· Isu semasa
Rehatkan Zahid sebagai TPM untuk fokus kes mahkamah, kata Peja
January 26, 2023· Politik
Popular
Formula baharu Rafizi, perluas model pekerja sambilan bagi pengusaha restoran
January 27, 2023
Kos tunai haji 2023 naik RM31,000
January 16, 2023
Strategi hadapi krisis ekonomi 2023
January 28, 2023
Pemimpin PAS dan Bersatu berkumpul di depan Kedutaan Sweden, tiada pemimpin UMNO
January 27, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Strategi hadapi krisis ekonomi 2023
7 jam lalu · Isu semasa
Formula baharu Rafizi, perluas model pekerja sambilan bagi pengusaha restoran
16 jam lalu · Isu semasa
Pemimpin PAS dan Bersatu berkumpul di depan Kedutaan Sweden, tiada pemimpin UMNO
23 jam lalu · Isu semasa
Kes bunuh pengawal keselamatan, tertuduh dijatuhi hukuman mati
23 jam lalu · Isu semasa
LRT Ampang tergendala: landasan bengkok, struktur jejambat rosak
January 27, 2023 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Ucapan Ustaz Ahmad di majlis kutipan dana PRN Pas Kedah
11 jam lalu
[VIDEO] Noh Omar boleh rayu lagi walaupun sabotaj 16 kali, kata Megat Zulkarnain
11 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok