[KEMAS KINI] Johor, Kelantan catat kluster tempat kerja, komuniti tertinggi

September 1, 2021 · Isu semasa

Johor dan Kelantan merekodkan jumlah kluster tempat kerja dan komuniti tertinggi dengan masing-masing mencatatkan 10 dan sembilan kluster baharu Covid-19.

Johor yang mencatatkan 1,993 kes positif baharu Covid-19 hari ini turut merekodkan 10 kluster tempat kerja membabitkan 247 individu.

Kelantan yang merekodkan 1,504 kes positif hari ini melaporkan sembila kluster komuniti membabitkan 96 individu di daerah Kota Bharu, Tumpat, dan Pasir Mas.

Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin berkata dalam tempoh 24 jam sehingga 12 tengah hari tadi sebanyak 42 kluster baharu dikesan menjadikan keseluruhannya 4,773 kluster dengan 3,279 telah ditamatkan, manakala 1,494 lagi masih aktif.

Daripada jumlah kluster baharu itu, 22 membabitkan jangkitan di tempat kerja, komuniti (17), dan masing-masing satu kluster keagamaan, institusi pendidikan dan pusat tahanan, katanya.

Pada masa sama beliau berkata, jumlah pesakit Covid-19 di seluruh negara yang dilaporkan sembuh dalam tempoh 24 jam sehingga 12 tengah hari tadi meningkat melebihi jangkitan baharu.

“Sepanjang tempoh itu seramai 21,073 pesakit disahkan sembuh menjadikan kumulatif sejak wabak melanda negara ini meningkat kepada 1,482,800 kes berbanding 1,765,016 kes positif,” katanya pada sidang media hari ini.

Beliau berkata dalam tempoh 24 jam itu seramai 278 pesakit Covid-19 meninggal dunia menjadikan kumulatif sebanyak 16,942 kes.

Sehingga kini terdapat 265,274 kes masih aktif di seluruh negara, katanya.

“Seramai 1,007 pesakit masih dirawat di unit rawatan rapi hospital di seluruh negara, manakala 464 pesakit memerlukan bantuan alat pernafasan,” katanya.

Terdahulu beliau memaklumkan dalam tempoh itu, 18,762 jangkitan baharu dilaporkan berbanding 20,897 kes yang direkodkan dalam tempoh 24 jam semalam.

Enam negeri merekodkan peningkatan hari ini membabitkan Sarawak yang naik daripada 2,285 kes semalam kepada 2,414 hari ini; Pulau Pinang (1,762 hari ini, 1,732 semalam); dan Kelantan (1,504 hari ini, 1,479 semalam).

Kes di Negeri Sembilan pula meningkat kepada 291 hari ini, berbanding 215 semalam; Putrajaya (34 hari ini, 25 semalam); dan Labuan (tiga hari ini, satu semalam).

Malaysia Memilih
Semak keputusan PRU15
Berita berkaitan
PRU15: Tiada laluan khas pengundi positif Covid-19 di pusat undi
November 16, 2022· Isu semasa
KJ, Dr Noor Hisham disaman isu vaksin Covid-19
November 16, 2022· Isu semasa
Covid-19 : Pengundi positif dilarang naik Grab, bas keluar undi
November 15, 2022· Isu semasa
5 mangsa banjir positif Covid-19 di Kelantan
November 14, 2022· Isu semasa
Popular
Bos Mydin jawab idea import telur dicadang Mat Sabu tak masuk akal
December 8, 2022
Tuduhan seleweng dana, SPRM mohon bantuan pihak buat dakwaan cari bukti
December 8, 2022
Satu lagi nama kementerian ditukar oleh kerajaan campuran baharu
December 8, 2022
Tiada apa nak disorokkan, kata Tengku Zafrul
December 8, 2022
Lagi Isu semasa terkini
MetMalaysia keluar amaran hujan lebat tahap bahaya di Kelantan, Terengganu
17 minit lalu · Isu semasa
Azeez Rahim dibebaskan terus selepas dua minggu kerajaan ‘hoi ya hoi’ memerintah
44 minit lalu · Isu semasa
1,616 kes baharu, empat kematian
3 jam lalu · Isu semasa
PN sedia berdepan PRN serentak di enam negeri: Tuan Ibrahim
16 jam lalu · Isu semasa
1MDB: Saksi beritahu Jho Low sering jemput ke pangsapuri peribadi
16 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Satu lagi laporan polis dakwa Anwar ligat fitnah Perikatan
December 7, 2022
[VIDEO] Laporan polis dakwa Anwar fitnah Perikatan dibiayai syarikat judi
December 7, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok