
Hospital Sungai Buloh diisytiharkan Hospital Covid-19 berkuat kuasa 2 Oktober 2020 lalu.
Sebanyak 2,773 jangkitan baharu Covid-19 dilaporkan di seluruh negara semalam (Jumaat, 1 Julai 2022) turun sedikit berbanding pada Khamis yang merekodkan 2,867 kes.
Daripada jumlah baharu itu, 1,942 kes melibatkan individu yang telah menerima suntikan dos penggalak vaksin Covid-19, diikuti 573 kes (penerima dua dos); 239 kes (individu tidak divaksinasi); dan 19 kes (individu belum lengkap divaksinasi).
Jumlah jangkitan baharu itu juga menjadikan kumulatif positif sejak Januari 2020 hingga semalam meningkat kepada 4,568,828 kes, dengan 4,502,840 pesakit telah pulih, termasuk 1,984 yang sembuh semalam.
Kes aktif bagaimanapun terus meningkat kepada 30,217 kes berbanding 29,434 kes pada Khamis, manakala 28,892 pesakit masih menjalani kuarantin di rumah (27,465 pada Rabu), dan 26 dimasukkan ke PKRC.
Jumlah pesakit yang mendapatkan rawatan di hospital juga meningkat kepada 1,252 kes berbanding 1,249 pada Khamis, manakala 47 pesakit dirawat di hospital (43 pada Khamis), dengan 28 daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan (25 pada Khamis).
Berikut adalah pecahan kes harian semalam serta kumulatif positif sejak 2020 mengikut negeri:
- Selangor – 884 (1,390,146);
- Johor – 60 (386,080);
- Sabah – 135 (374,076);
- Kuala Lumpur – 793 (372,508);
- Sarawak – 47 (307,966);
- Kedah – 35 (301,740);
- Pulau Pinang – 138 (285,461);
- Kelantan – 24 (248,385);
- Negeri Sembilan – 155 (207,891);
- Perak – 209 (207,192);
- Pahang – 60 (172,498);
- Terengganu – 17 (126,660);
- Melaka – 110 (126,194);
- Labuan – 4 (21,505);
- Putrajaya – 97 (21,935); dan
- Perlis – 5 (17,601).
Sementara itu, KKM turut memaklumkan enam pesakit meninggal dunia di hospital semalam akibat komplikasi Covid-19, menjadikan kumulatif meningkat kepada 35,771 kes.
Enam kematian itu masing-masing melibatkan dua kes di Perak dan Pulau Pinang, manakala masing-masing satu kes direkodkan di Johor dan Negeri Sembilan.