2,762 kes semalam, 4 kematian

October 28, 2022 · Isu semasa

Jumlah jangkitan harian Covid-19 di seluruh negara dalam tempoh 24 jam semalam (Khamis, 27 Oktober 2022) melonjak lagi kepada 2,762 kes, berbanding 2,136 yang dilaporkan pada Rabu.

Daripada jumlah itu, 2,754 adalah jangkitan tempatan, manakala lapan lagi kes import.

Kementerian Kesihatan (KKM), hari ini memaklumkan angka itu menjadikan jumlah kumulatif positif Covid-19 sejak 25 Januari 2020 hingga semalam meningkat kepada 4,890,437 kes, dengan 4,825,255 pesakit telah sembuh, termasuk 1,271 yang pulih semalam.

Menurut data laman sesawang Github KKM, daripada jumlah kes baharu itu, 2,080 kes melibatkan individu yang telah menerima suntikan dos penggalak; 460 kes (penerima dua dos); 217 kes (individu tidak divaksinasi); dan lima kes (individu belum lengkap divaksinasi).

Sementara itu, data laman sesawang KKMNOW juga menunjukkan sehingga kini 28,720 kes masih aktif, meningkat lagi berbanding 27,233 kes yang dilaporkan sehingga Rabu.

Daripada jumlah itu, 27,503 pesakit masih menjalani kuarantin di rumah (26,060 pesakit pada Rabu); 1,170 dirawat di hospital, naik berbanding 1,125 pada Rabu.

Seramai 47 pesakit dimasukkan ke unit rawatan rapi (48 pada Rabu), dengan 30 daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan (27 Selasa).

Berikut adalah jumlah kes harian setiap negeri semalam, serta kumulatif positif sejak Januari 2020:

  • Selangor – 964 (1,494,319)
  • Kuala Lumpur – 709 (448,913)
  • Sabah – 126 (398,194)
  • Johor – 60 (395,089)
  • Sarawak – 90 (317,258)
  • Kedah – 75 (311,441)
  • Pulau Pinang – 104 (299,648)
  • Kelantan – 74 (254,910)
  • Perak – 217 (231,526)
  • Negeri Sembilan – 94 (224,627)
  • Pahang – 68 (178,424)
  • Melaka – 82 (136,773)
  • Terengganu – 30 (130,182)
  • Putrajaya – 54 (28,228)
  • Labuan – 6 (22,319)
  • Perlis – 9 (18,586)

Sementara itu, KKM juga memaklumkan empat pesakit meninggal dunia akibat komplikasi Covid-19 semalam, termasuk dua kes kematian di luar fasiliti kesihatan atau brought in death (BID).

Semua kes kematian dicatat di Johor; Kuala Lumpur (BID); Perak; dan Pulau Pinang (BID).

Rekod itu menjadikan jumlah pesakit yang meninggal dunia sejak kes pertama dilaporkan pada 17 Mac 2020 lalu hingga semalam meningkat kepada 36,462 kes.

Jumlah itu, termasuk 7,760 kes kematian di luar fasiliti kesihatan atau brought in death (BID).

Malaysia Memilih
Semak keputusan PRU15
Berita berkaitan
PRU15: Tiada laluan khas pengundi positif Covid-19 di pusat undi
November 16, 2022· Isu semasa
KJ, Dr Noor Hisham disaman isu vaksin Covid-19
November 16, 2022· Isu semasa
Covid-19 : Pengundi positif dilarang naik Grab, bas keluar undi
November 15, 2022· Isu semasa
5 mangsa banjir positif Covid-19 di Kelantan
November 14, 2022· Isu semasa
Popular
Selepas jadi PM tersingkat, kes saman Ismail Sabri dengan Lokman selesai tanpa bicara
November 29, 2022
Sembilan pertuduhan rogol, amang seksual dihadapi penceramah bebas
November 29, 2022
Peguam Rosmah ditegur hakim supaya utamakan kes pengubahan wang haram
November 29, 2022
Masalah pengangkutan awam tiada kesudahan
June 27, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Selepas jadi PM tersingkat, kes saman Ismail Sabri dengan Lokman selesai tanpa bicara
14 jam lalu · Isu semasa
Sembilan pertuduhan rogol, amang seksual dihadapi penceramah bebas
16 jam lalu · Isu semasa
Peguam Rosmah ditegur hakim supaya utamakan kes pengubahan wang haram
16 jam lalu · Isu semasa
Ismail Sabri nafi perbelanjaan 2020-2022 tak direkod dalam akaun
22 jam lalu · Isu semasa
2,465 kes baharu Covid-19 semalam, lima kematian
22 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Muhyiddin zahir terima kasih, Perikatan tidak akan sertai kerajaan Anwar
November 25, 2022
[VIDEO] Setpol Ismail Sabri dikaitkan rancang jatuhkan Najib
November 25, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok