2,728 kes baru semalam, 6 kematian

August 8, 2022 · Isu semasa

Jangkitan baharu Covid-19 di seluruh negara dalam tempoh 24 jam semalam (Ahad, 7 Ogos 2022) turun hampir separuh iaitu daripada 4,684 kes yang direkodkan pada Sabtu kepada 2,728 kes.

Ia adalah jumlah terendah dalam tempoh 13 hari sejak mencatat 2,720 kes pada 24 Julai lalu, menurut rekod laman sesawang Github Kementerian Kesihatan (KKM).

Daripada jumlah itu, 1,839 kes Covid-19 melibatkan penerima vaksin dos penggalak; 560 kes (individu lengkap dua dos); 313 (individu tidak divaksinasi); dan 16 kes membabitkan individu yang menerima satu dos.

Angka terbaharu itu menjadikan kumulatif positif sejak Januari 2020 hingga semalam meningkat kepada 4,708,552, dengan 4,626,756 pesakit telah sembuh, termasuk 3,856 yang pulih semalam.

Sehingga semalam sebanyak 45,770 kes masih aktif, turun daripada 46,904 kes pada Sabtu, dengan seramai 44,159 pesakit masih menjalani kuarantin di rumah (45,264 pada Sabtu), dan 30 ditempatkan di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (28 pada Sabtu).

Sementara itu, seramai 1,529 pesakit dirawat di hospital (1,556 pada Sabtu), manakala 52 pesakit dimasukkan ke unit rawatan rapi (56 pada Sabtu), dengan 36 daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan (35 pada Sabtu).

Berikut adalah pecahan kes baharu semalam serta kumulatif positif sejak Januari 2020 lalu mengikut negeri:

  • Selangor – 749 (1,437,765);
  • Kuala Lumpur – 575 (410,821);
  • Johor – 116 (389,517);
  • Sabah – 265 (383,464);
  • Sarawak – 55 (310,298);
  • Kedah – 101 (305,321);
  • Pulau Pinang – 201 (292,151);
  • Kelantan – 44 (250,065);
  • Perak – 245 (217,028);
  • Negeri Sembilan – 146 (214,983);
  • Pahang – 52 (174,522);
  • Melaka – 101 (130,218);
  • Terengganu – 33 (127,622);
  • Putrajaya – 30 (24,843);
  • Labuan – 6 (21,948); dan
  • Perlis – 9 (17,986).

Sementara itu, KKM juga memaklumkan seramai enam pesakit meninggal dunia akibat komplikasi Covid-19 semalam.

Jumlah kematian akibat Covid-19 sejak wabak itu melanda negara pada Januari 2020 hingga semalam kini meningkat kepada 36,026 kes, termasuk 7,655 kes kematian di luar fasiliti kesihatan.

Dua daripada kes kematian itu dilaporkan di Johor, dan masing-masing satu di Perak, Pulau Pinang, Putrajaya serta Sabah.

Berita berkaitan
Radzi berharap Dr Noor Hisham terus menyumbang kepada negara
June 3, 2023· Isu semasa
Tuaran dikategori zon merah Covid-19 selepas kes meningkat
May 16, 2023· Isu semasa
Penduduk Malaysia dianggar 33.2 juta : Jabatan Perangkaan
May 11, 2023· Isu semasa
Kemasukan hospital pesakit Covid-19 meningkat: KKM
May 5, 2023· Isu semasa
Popular
Tiada lagi subsidi ayam dan telur pada 1 Julai: Mat Sabu
June 8, 2023
Speaker tolak usul bahas skandal LCS, tapi kenapa kerap dibincang semasa PRU?
June 8, 2023
Dewan Rakyat riuh bila sup tulang babi dicadang jadi makanan kebangsaan
June 7, 2023
Singapura tak guna OPR, Dr M beritahu Anwar
June 7, 2023
Lagi Isu semasa terkini
PAC panggil 4 kementerian, 1 GLC minggu depan
40 minit lalu · Isu semasa
Hans Isaac kini Pengerusi Perbadanan Stadium Malaysia
5 jam lalu · Isu semasa
Kedah tawar pinjaman pendidikan buat pelajar yang layak ke IPTA, IPTS
6 jam lalu · Isu semasa
Anak saudara Sivarasa bebas tuduhan rasuah
6 jam lalu · Isu semasa
Speaker tolak usul bahas skandal LCS, tapi kenapa kerap dibincang semasa PRU?
8 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Pemuda menangis teruk Najib dapat anugerah
5 jam lalu
[VIDEO] Gelombang sudah ada, PN tetap usaha menang PRN enam negeri
22 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok