2,717 kes baharu

April 24, 2021 · Isu semasa

Sebanyak 2,717 jangkitan baharu Covid-19 dicatatkan dalam tempoh 24 jam lalu, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

Katanya, lapan kluster baharu membabitkan lima kluster pendidikan, komuniti (dua) dan kluster tempat kerja (satu) dilaporkan bagi tempoh sama.

Selangor mencatat kes baharu tertinggi dengan 768 kes, diikuti Sarawak (570), Kelantan (518), Kuala Lumpur (240) dan Pulau Pinang (134).

Dr Noor Hisham berkata, daripada jumlah kes baharu yang dilaporkan, 26 adalah kes import manakala 2,691 kes melibatkan penularan dalam negara.

Beliau berkata 2,292 kes sembuh dicatatkan manakala 272 pesakit ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan 124 daripadanya memerlukan bantuan pernafasan.

Katanya sebanyak 11 kematian dilaporkan melibatkan 10 warga tempatan dan seorang bukan warganegara yang membawa kepada jumlah kumulatif sebanyak 1,426 kematian manakala kes aktif kini 22,926.

Berita berkaitan
Kematian pertama bawah 12 tahun akibat Covid-19 di Singapura
June 28, 2022· Dunia
Tiada lagi syarat pakai pelitup muka di Thailand
June 24, 2022· Dunia
Hampir 80,000 kes Covid-19 baharu direkodkan di India
June 20, 2022· Dunia
Malaysia-India setuju iktiraf bersama sivil vaksinasi
June 18, 2022· Uncategorized
Popular
Lelaki bogel tunggang motosikal ditahan disyaki bunuh isteri, bayi
July 4, 2022
Mahkamah tolak permohonan Zahid tangguh prosiding kes rasuah
July 4, 2022
Shafee hidap laringitis: Kes Najib, laporan audit didengar 12 Ogos
July 4, 2022
Perbicaraan pengesahan lafaz cerai MB Perlis ditetapkan 25 Ogos
July 4, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Syed Saddiq arah keluar tunai RM1 juta dari bank: Saksi pendakwaan
2 jam lalu · Isu semasa
Lelaki bogel tunggang motosikal ditahan disyaki bunuh isteri, bayi
2 jam lalu · Isu semasa
Gempur kilang, sempadan sekat seleweng minyak masak subsidi: PM
2 jam lalu · Isu semasa
Maybank IB pula unjur OPR naik 100 bps untuk 12 bulan akan datang
3 jam lalu · Isu semasa
Aidiladha: Lebih 2.3 juta kenderaan bakal guna KLK, LPT pada 8-11 Julai
4 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Tak serius, kerajaan ambil lewa isu harga barang, kata pemimpin Amanah
July 1, 2022
[FOTO] Himpunan bantahan kenaikan harga
July 1, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok