27 penyelidik IPTA, IPTS terima geran penyelidikan MASA

March 28, 2023 · Isu semasa

Dua puluh tujuh penyelidik institusi pengajian tinggi awam dan swasta (IPTA/IPTS) seluruh negara terpilih menerima geran penyelidikan Program Pembangunan Dasar MASA (MPDP) 2.0, Institut Masa Depan Malaysia (MASA).

Ketua Pegawai Eksekutif MASA, Azril Mohd Amin berkata pihaknya komited sebagai peneraju penyelidikan dasar dalam menyokong penghasilan kajian berimpak tinggi yang menyumbang kepada pembangunan sosio ekonomi negara.

Beliau berkata, MPDP 2.0 adalah kesinambungan daripada MPDP yang diperkenalkan pada September 2021.

“Senarai penerima geran MPDP 2.0 yang terpilih ini diluluskan dan dimuktamadkan oleh Ahli Lembaga Pemegang Amanah MASA pada 27 Mac lalu dan akan menerima geran penyelidikan bernilai RM10,000 untuk kertas ringkasan polisi yang dihasilkan,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini (28 Mac 2023).

Sebelum ini, penyelidik MPDP berjaya menghasilkan penyelidikan berkualiti berkaitan kemiskinan situasi; pendidikan kumpulan B40; aspek perancangan bandar lestari bagi kumpulan B40 dan keterangkuman wilayah, khususnya di Sabah dan Sarawak.

Selain itu, model perusahaan sosial bagi Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS); potensi ekonomi hijau; sekuriti makanan serta pemerkasaan sektor eko pelancongan.

Pada tahun ini, sebanyak 254 kertas cadangan dikemukakan oleh 29 IPTA dan IPTS dengan bidang tumpuan perubahan iklim; keterjaminan makanan; pembinaan daya tahan kesihatan dan kesiapsiagaan krisis masa depan; menangani keciciran pembelajaran; memacu perniagaan; rumah mampu milik dan perlindungan sosial.

Sementara itu, Azril berkata, penerima geran MPDP juga digalakkan untuk menerbitkan laporan penyelidikan masing-masing dalam jurnal berwibawa, sama ada di dalam atau luar negara.

“MASA mengucapkan sekalung tahniah kepada penerima geran yang berjaya dan berharap hasil penyelidikan MPDP 2.0 ini dapat memperkukuhkan misi dan visi MASA untuk mempromosi gagasan kemakmuran bersama bagi manfaat seluruh rakyat Malaysia dan masyarakat sejagat,” katanya lapor Berita Harian.

Senarai penerima geran MPDP 2.0 boleh dilayari di laman sesawang https://institutmasa.com/ms/program-pembangunan-dasar-masa/ atau klik di bawah:

Senarai-Penerima-Geran-MPDP-2.0.docx

Berita berkaitan
Suami isteri ditahan disyaki dalang pemalsuan kad pengenalan
April 22, 2022· Isu semasa
Langkah buka sempadan negara bantu pemulihan ekonomi segera: MASA
February 14, 2022· Isu semasa
Pelajar dan pensyarah IPTA di Kuala Pilah pula disahkan positif Covid-19
December 3, 2021· Isu semasa
Noraini digesa lantik segera Naib Canselor lima universiti awam
June 7, 2021· Isu semasa
Popular
Zahid mahu SKMM ambil tindakan terhadap Telegram
May 29, 2023
Projek Aerotropolis: Sanusi kata susah betul nak dapat jumpa PMX
May 29, 2023
LCS: Anwar cakap tak serupa bikin
May 29, 2023
Raja Arshad dilantik sebagai Pengerusi baharu PNB bermula 1 Jun
May 29, 2023
Lagi Isu semasa terkini
LCS: Anwar cakap tak serupa bikin
7 jam lalu · Isu semasa
Menu Rahmah berjaya turun inflasi harga makanan, kata Salahuddin
9 jam lalu · Isu semasa
Ringgit ditutup rendah, harga minyak juga jatuh
10 jam lalu · Isu semasa
Projek Aerotropolis: Sanusi kata susah betul nak dapat jumpa PMX
10 jam lalu · Isu semasa
Raja Arshad dilantik sebagai Pengerusi baharu PNB bermula 1 Jun
10 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Ucapan Sanusi di himpunan jentera PRN Perikatan Nasional N24 Jeneri
1 jam lalu
[VIDEO] Malaysia Madani gagal, Anwar jadi PM buat apa pun tak jadi
3 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok