2,690 kes baharu, 10 meninggal

April 25, 2021 · Isu semasa

Sebanyak 2,690 jangkitan baharu Covid-19 dikesan dalam tempoh 24 jam lalu, turun daripada 2,717 kes semalam menjadikan jumlah kumulatif jangkitan setakat ini 392,942 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah 2,690 itu 10 adalah kes import membabitkan lapan bukan warganegara dan dua warganegara.

“10 kematian turut dilaporkan pada hari ini melibatkan warganegara menjadikan jumlah kumulatif kematian sebanyak 1,436 kes,” katanya.

Sementara itu, 283 pesakit ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan 121 daripadanya memerlukan bantuan pernafasan.

Beliau berkata sebanyak 1,853 kes sembuh dicatatkan dengan jumlah kumulatif kes sembuh setakat ini 367,753 kes.

Selangor masih mencatat kes baharu tertinggi dengan 751 kes, diikuti Sarawak (595), Kelantan (424), Kuala Lumpur (217) dan Johor (159).

Beliau berkata, lapan kluster baharu dilaporkan hari ini membabitkan tiga kluster tempat kerja, dua kluster institusi pendidikan KPM, dan masing-masing satu bagi kluster pendidikan lain, kluster komuniti dan kluster pusat tahanan.

Kluster baharu dikesan pada 25 April 2021.

Kluster baharu dikesan pada 25 April 2021.

Berita berkaitan
Kematian pertama bawah 12 tahun akibat Covid-19 di Singapura
June 28, 2022· Dunia
Tiada lagi syarat pakai pelitup muka di Thailand
June 24, 2022· Dunia
Hampir 80,000 kes Covid-19 baharu direkodkan di India
June 20, 2022· Dunia
Malaysia-India setuju iktiraf bersama sivil vaksinasi
June 18, 2022· Uncategorized
Popular
Lokman dituduh hina mahkamah ketika prosiding kes Zahid berjalan
June 30, 2022
Zahid dakwa tertekan, tak nafi guna dana YAB bayar kad kredit
June 30, 2022
Zahid diingat jaga sikap, mahkamah bukan kedai kopi, MT UMNO
June 30, 2022
Bank saman bekas presiden, 17 lagi isu pinjaman RM400 juta: Laporan
June 29, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Lesen pengilang enggan beli sawit, jejas minyak masak digantung
2 jam lalu · Isu semasa
JPA kaji waktu kerja 4 hari seminggu
3 jam lalu · Isu semasa
SRC: 29 Julai pengurusan kes Najib jawab afidavid pendakwaaan
3 jam lalu · Isu semasa
APMM aktifkan operasi cari bot bawa 13 pemancing, kru
3 jam lalu · Isu semasa
Agihan pendapatan ASB 3 Didik 4.25 sen
5 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Marah disaman tiada lesen, langgar kereta JPJ sehingga terbalik
4 jam lalu
[VIDEO] Presiden parti politik dalang ‘kad kebal’ warga asing
9 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok