2,672 mangsa banjir ditempatkan di 20 PPS lima negeri pagi ini

December 14, 2022 · Isu semasa

Jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di lima negeri sehingga jam 7 pagi ini (Rabu, 14 Disember 2022) kini mencecah 2,672 orang, daripada 809 keluarga.

Menurut Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) sehingga pagi ini 20 PPS masih dibuka bagi menempatkan mangsa banjir di 12 daerah di Perak, Kelantan, Terengganu, Pahang dan Johor.

Di Kelantan, tujuh PPS dibuka di Pasir Mas bagi menempatkan 2,018 mangsa daripada 635 keluarga yang terjejas akibat banjir di beberapa mukim.

Seramai 712 mangsa daripada 226 keluarga ditempatkan di PPS SK Tok Deh; diikuti PPS SK Gual Periok (544 mangsa, 149 keluarga); SK Kubang Gual (251 mangsa, 96 keluarga); SK Sri Kiambang (234 mangsa, 75 keluarga); PPS Putat Tujoh (157 mangsa, 52 keluarga); Masjid Mukim Padang Licin (73 mangsa, 22 keluarga); dan PPS SK Kedai Tanjung (47 mangsa, 15 keluarga).

Di Pahang, seramai 387 mangsa banjir daripada 98 keluarga di tempatkan di empat PPS yang melibatkan daerah Bera, Pekan dan Temerloh.

Seramai 210 mangsa daripada 52 keluarga ditempatkan di PPS SMK Seri Semantan, Temerloh; diikuti PPS SK Sinar Mutiara, Pekan (142 mangsa, 36 keluarga); SK Seri Buntar , Bera (26 mangsa, tujuh keluarga); dan SK Kerayong, Bera (sembilan mangsa, tiga keluarga).

Di Perak, seramai 147 mangsa banjir dripada 39 keluarga ditempatkan di empat PPS di Hilir Perak, Manjung, Muallim, dan Perak Tengah.

Ia melibatkan 93 mangsa daripada 24 keluarga yang dipindahkan ke PPS Dewan SMART Batu 4, Hilir Perak; diikuti PPS SAR Padang Serai, Manjung (28 mangsa, tujuh keluarga); Dewan SK Slim River, Muallim (15 mangsa, lima keluarga); dan Dewan Orang Ramai Kampung Tersusun Teluk Memali, Perak Tengah (11 mangsa, tiga keluarga).

Di Terengganu, 69 mangsa daripada 22 keluarga dipindahkan ke tiga PPS di daerah Besut, Kuala Terengganu dan Setiau sejak 9 Disember lalu.

Seramai 55 mangsa banjir daripada 18 keluarga dipindahkan ke PPS SK Atas Tol di Kuala Terengganu; diikuti PPS Balairaya Kampung Pantai (12 mangsa, tiga keluarga); dan PPS Surau Kampung Nyatoh, Setiu (dua mangsa, satu keluarga).

Di Johor, seramai 51 mangsa daripada 15 keluarga dipindahkan di dua PPS di Segamat melibatkan Balairaya Kampung Batu Badak (28 mangsa, 10 keluarga); dan Balairaya Kampung Kuala Paya (23 mangsa, lima keluarga).

Berita berkaitan
Mangsa banjir di Sabah kekal, Johor menurun
February 6, 2023· Isu semasa
MP DAP gesa SPRM teruskan beku akaun Bersatu, sama seperti UMNO dulu
February 4, 2023· Politik
Pulau Pinang dilanda banjir
February 4, 2023· Isu semasa
Banjir landa Kedah selepas Johor dan Sabah
February 3, 2023· Isu semasa
Popular
KJ tolak tuduhan Anwar AGC tak lulus pembelian vaksin Covid-19
February 8, 2023
Enam maut nahas di Genting
February 8, 2023
Pulau Pinang dilanda banjir
February 4, 2023
SPRM siasat UiTM Holdings setelah alami kerugian RM157 juta
February 8, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Kertas putih perolehan vaksin, lagi satu kerja buang masa kerajaan campuran
13 minit lalu · Isu semasa
Harga petrol, diesel tak berubah hingga 15 Februari ini
3 jam lalu · Isu semasa
KJ tolak tuduhan Anwar AGC tak lulus pembelian vaksin Covid-19
4 jam lalu · Isu semasa
Enam maut nahas di Genting
5 jam lalu · Isu semasa
Hormat kedaulatan Malaysia, kata KP Imigresen isu tangkap PATI Indon
6 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Kedah buru sindiket jual tanah, penerima geran jangan tamak
14 jam lalu
[VIDEO] 505 peneroka Pendang akan terima geran tanah
16 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok