[KEMAS KINI] 265 pesakit Covid-19 meninggal dunia

August 25, 2021 · Isu semasa

Sebanyak 265 pesakit Covid-19 meninggal dunia dalam tempoh 24 jam sehingga 12 tengah hari tadi, tatkala keseluruhan kes sembuh meningkat melebihi 1.33 juta berbanding 1.61 juta kes positif yang dicatatkan sejak tahun lalu.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata angka terbaharu hari ini menjadikan kumulatif kematian sejak pandemik Covid-19 mula dikesan di negara ini awal tahun lalu kepada 14,818 kes.

Enam negeri mencatatkan peningkatan kes kematian dengan yang tertinggi melibatkan 105 pesakit di Selangor, Sabah (23), dan Kuala Lumpur (18).

Dalam tempoh 24 jam itu 20,798 pesakit disahkan sembuh, manakala 264,292 kes lagi masih aktif.

Berdasarkan data dikeluarkan Kementerian Kesihatan (KKM) hari ini, keseluruhan pesakit yang dirawat di unit rawatan rapi hospital-hospital di seluruh negara juga turun kepada 1,003 kes, dengan 490 pesakit memerlukan bantuan alat pernafasan.

Data kes sembuh 25 Ogos 2021.

Terdahulu beliau berkata 22,642 kes baharu, termasuk 3,610 individu bukan warganegara Malaysia, dikesan dalam tempoh berkenaan.

Daripada jumlah kes harian yang dilaporkan hari ini, sebanyak 478 kes atau 2.1 peratus adalah daripada kategori 3, 4 dan 5, manakala sebanyak 22,164 kes (97.9 peratus) lagi adalah terdiri daripada kategori 1 dan 2.

“Ini adalah berdasarkan keadaan klinikal kes semasa baharu didiagnosa COVID-19. Ada di antara kes kekal di kategori yang sama sepanjang tempoh jangkitan, namun ada juga yang berubah status kesihatan kes sama ada bertambah baik ke kategori lebih rendah atau merosot ke kategori lebih tinggi,” katanya.

Dr Noor Hisham berkata secara keseluruhan, 18,143 kes atau 80.1 peratus daripada jumlah kes yang dilaporkan pada hari ini tiada atau tidak lengkap vaksinasi.

Pada masa sama beliau turut memaklumkan 42 lagi kluster baharu dikesan dalam tempoh itu menjadikan keseluruhannya 4,548 kluster, dengan 3,090 telah ditamatkan dan 1,458 kluster masih aktif.

Daripada jumlah kluster baharu itu 23 membabitkan jangkitan di tempat kerja, komuniti (13), kumpulan berisiko tinggi (lima) dan satu kluster pusat tahanan di Batu Pahat, Johor.

Selangor dan Johor masing-masing mencatatkan lima kluster tempat kerja; masing-masing tiga di Kelantan, Perak dan Pulau Pinang; Kedah (dua); dan masing-masing satu di Kuala Lumpur dan Pahang.

Sementara itu Kelantan mencatatkan lima kluster baharu komuniti; masing-masing dua di Perak dan Terengganu; dan masing-masing satu di Johor, Negeri Sembilan, Sarawak dan Selangor.

Johor uga merekodkan dua kluster kumpulan berisiko tinggi; dan masing-masing satu di Perak, Sarawak dan Selangor.

Mengenai kadar kebolehjangkitan, Dr Noor Hisham berkata berdasarkan data terkini pada 24 Ogos 2021, nilai RT Malaysia adalah sebanyak 1.02.

“Negeri yang mencatatkan nilai RT yang tertinggi adalah Perlis (nilai RT 1.28), diikuti oleh Sarawak (nilai1.22), dan Sabah (nilai RT 1.21). Semua negeri mencatatkan nilai RT melebihi 1.0 kecuali Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Putrajaya, Wilayah Persekutuan Labuan, dan Negeri Sembilan,” katanya.

Berita berkaitan
Sebanyak 32.8 peratus kes baharu Covid-19 di Sarawak disebabkan BA.5
August 11, 2022· Isu semasa
Kes baharu Covid-19 sebanyak 3,927 dengan enam kematian baharu
August 6, 2022· Isu semasa
Dua peguam Zahid dijangkiti Covid-19, bicara kes rasuah YAB ditangguh
August 5, 2022· Isu semasa
Kadar pengangguran masih tinggi walaupun turun pada 2022
August 3, 2022· Isu semasa
Popular
Anak muda bawa skandal kapal tempur zaman BN ke jalan raya
August 14, 2022
Najib dakwa skandal LCS dimainkan seperti 1MDB, sehingga diheret ke mahkamah
August 14, 2022
Rakyat mahu tahu kebenaran berhubung skandal LCS, kata bekas AG
August 14, 2022
Skandal LCS: Jangan salahkan orang lain kata Kit Siang kepada Najib
August 13, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Anak muda bawa skandal kapal tempur zaman BN ke jalan raya
2 jam lalu · Isu semasa
Permintaan terpendam percepat pertumbuhan KDNK: Tengku Zafrul
3 jam lalu · Isu semasa
Najib dakwa skandal LCS dimainkan seperti 1MDB, sehingga diheret ke mahkamah
3 jam lalu · Isu semasa
Rakyat mahu tahu kebenaran berhubung skandal LCS, kata bekas AG
4 jam lalu · Isu semasa
Gempa bumi lemah dikesan di Kundasang
4 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Bersatu serah memorandum tubuh RCI siasat projek LCS
August 10, 2022
[FOTO] Dragon Muay Thai gegar Bukit Bintang
August 8, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok