265 kes varian Delta dikesan dalam tempoh 2 minggu

September 1, 2021 · Isu semasa

Kementerian Kesihatan (KKM) mengenal pasti 265 kes jangkitan Covid-19 daripada varian Delta sejak 16 hingga 29 Ogos lalu, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

Beliau berkata daripada jumlah itu Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) mengenal pasti 39 kes varian Delta, Integrative Pharmacogenomics Institute (iPROMISE), Universiti Teknologi MARA (48 kes) dan Institute of Health and Community Medicine, Universiti Malaysia Sarawak (178 kes).

“Ini menjadikan jumlah kumulatif kes yang dijangkiti virus SARS-CoV-2 yang dikategorikan sebagai VOC dan varian yang perlu diberi perhatian (VOI) adalah sebanyak 1,221 kes.

“Daripada jumlah yang dikesan tersebut, 1,201 kes adalah VOC manakala 20 kes adalah VOI,” katanya dalam hantaran di Facebook beliau semalam.

Dr Noor Hisham berkata secara keseluruhan sehingga kini bagi kes VOC, terdapat sebanyak 978 jangkitan varian Delta, 209 (Beta dan 14 kes (Alpha).

Bagi VOI pula terdapat 13 kes varian Theta, empat kes (Kappa) dan tiga kes (Eta), katanya.

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023· Isu semasa
Popular
Ceroboh ruang udara: Malaysia kemuka bantahan, panggil Duta China
June 1, 2021
Kembalikan deria bau
November 9, 2021
Tiada bekalan telur ayam di Terengganu, mana Mat Sabu?
December 19, 2022
Tiada diskaun cukai taksiran hartanah di KL tahun ini: DBKL
January 9, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Polis sedang kesan individu hina Sultan Selangor, dipercayai berada luar negara
March 27, 2024 · Isu semasa
Saman fitnah: Rayuan Jamal ditolak, perlu bayar RM300 ribu kepada Kok
March 27, 2024 · Isu semasa
Kata masuk pelaburan berbilion, Rafidah terkejut kilang tayar tutup
March 7, 2024 · Isu semasa
Laman akaun Facebook tak boleh diakses jutaan pengguna
March 5, 2024 · Isu semasa
Ahli Parlimen blok kerajaan juga tak setuju cukai SST dinaikkan
March 5, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok