2,618 kes baharu, empat kematian

October 23, 2022 · Isu semasa

Jangkitan baharu Covid-19 di seluruh negara dalam tempoh 24 jam semalam (Sabtu, 22 Oktober 2022), melonjak semula kepada 2,618, berbanding 2,256, kes yang dilaporkan pada Jumaat, kata Kementerian Kesihatan (KKM) hari ini.

Daripada jumlah itu, 2,611 adalah kes tempatan, manakala tujuh lagi kes import.

Angka itu menjadikan jumlah kumulatif positif Covid-19 sejak 25 Januari 2020 hingga semalam meningkat kepada 4,880,005 kes, dengan 4,816,262 pesakit telah sembuh, termasuk 1,841 yang pulih semalam.

Menurut data laman sesawang Github KKM, daripada jumlah kes baharu itu, 1,971 kes melibatkan individu yang telah menerima suntikan dos penggalak; 443 kes (penerima dua dos); 198 kes (individu tidak divaksinasi); dan enam kes (individu belum lengkap divaksinasi).

Sementara itu, data laman sesawang KKMNOW pula menunjukkan sehingga kini 27,299 kes masih aktif, meningkat berbanding 26,526 kes yang dilaporkan sehingga Jumaat.

Daripada jumlah itu, 26,186 pesakit masih menjalani kuarantin di rumah (25,425 pesakit pada Jumaat); 1,066 dirawat di hospital, naik berbanding 1,054 pada Jumaat.

Seramai 47 pesakit dimasukkan ke unit rawatan rapi, sama seperti pada Jumaat, dengan 18 daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan (17 Jumaat).

Berikut adalah jumlah kes harian setiap negeri semalam, serta kumulatif positif sejak Januari 2020:

  • Selangor – 1,147 (1,490,510)
  • Kuala Lumpur – 550 (446,398)
  • Sabah – 103 (397,620)
  • Johor – 33 (394,841)
  • Sarawak – 51 (316,987)
  • Kedah – 51 (311,139)
  • Pulau Pinang – 130 (299,193)
  • Kelantan – 28 (254,647)
  • Perak – 163 (230,815)
  • Negeri Sembilan – 182 (224,097)
  • Pahang – 38 (178,239)
  • Melaka – 70 (136,509)
  • Terengganu – 22 (130,081)
  • Putrajaya – 35 (28,069)
  • Labuan – 5 (22,305)
  • Perlis – 10 (18,555)

Sementara itu, empat pesakit meninggal dunia akibat komplikasi Covid-19 semalam, termasuk dua kematian di luar fasiliti kesihatan atau brought in death (BID).

Semua kematian itu dilaporkan di Kedah; Kuala Lumpur (BID); Melaka (BID); dan Selangor.

Jumlah itu menjadikan kumulatif kematian akibat Covid-19 sejak kes pertama dilaporkan pada 17 Mac 2020 hingga semalam adalah sebanyak 36,444 kes.

Daripada jumlah yang dilaporkan itu, sebanyak 7,753 kes adalah kematian BID.

Malaysia Memilih
Semak keputusan PRU15
Berita berkaitan
PRU15: Tiada laluan khas pengundi positif Covid-19 di pusat undi
November 16, 2022· Isu semasa
KJ, Dr Noor Hisham disaman isu vaksin Covid-19
November 16, 2022· Isu semasa
Covid-19 : Pengundi positif dilarang naik Grab, bas keluar undi
November 15, 2022· Isu semasa
5 mangsa banjir positif Covid-19 di Kelantan
November 14, 2022· Isu semasa
Popular
Selepas jadi PM tersingkat, kes saman Ismail Sabri dengan Lokman selesai tanpa bicara
November 29, 2022
Sembilan pertuduhan rogol, amang seksual dihadapi penceramah bebas
November 29, 2022
Peguam Rosmah ditegur hakim supaya utamakan kes pengubahan wang haram
November 29, 2022
Masalah pengangkutan awam tiada kesudahan
June 27, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Selepas jadi PM tersingkat, kes saman Ismail Sabri dengan Lokman selesai tanpa bicara
13 jam lalu · Isu semasa
Sembilan pertuduhan rogol, amang seksual dihadapi penceramah bebas
15 jam lalu · Isu semasa
Peguam Rosmah ditegur hakim supaya utamakan kes pengubahan wang haram
15 jam lalu · Isu semasa
Ismail Sabri nafi perbelanjaan 2020-2022 tak direkod dalam akaun
21 jam lalu · Isu semasa
2,465 kes baharu Covid-19 semalam, lima kematian
21 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Muhyiddin zahir terima kasih, Perikatan tidak akan sertai kerajaan Anwar
November 25, 2022
[VIDEO] Setpol Ismail Sabri dikaitkan rancang jatuhkan Najib
November 25, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok