26 sungai di lima negeri melepasi paras bahaya, ada yang melimpah

March 2, 2023 · Isu semasa

Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) melaporkan sehingga jam 2.30 pagi tadi (2 Mac 2023) sebanyak 26 sungai di lima negeri telah mencatat bacaan melebihi paras bahaya.

Malah, sebelum itu ada laporan menyatakan sesetengah sungai, khususnya di Johor, telah mula melimpah dan membanjiri kawasan sekitarnya.

Berdasarkan data yang dikeluarkan JPS di laman sesawang publicinfobanjir, 14 daripada sungai itu terletak di Johor; diikuti masing-masing lima di Negeri Sembilan dan Pahang; dan masing-masing satu di Selangor dan Sarawak.

Di Johor, sungai yang dilaporkan melebihi paras bahaya ialah:

  • Sungai Muar di Kampung Awat, Segamat (20.66 meter/18.00m paras normal);
  • Sungai Segamat di Segamat Kecil, Segamat (37.96m/34.00m);
  • Sungai Lenik di Kangkar Chaah, Segamat (14.16m/11.00m);
  • Sungai Lenik di Ladang Chaah, Segamat (9.04m/4.10m);
  • Sungai Tangkak di Kampung Seri Makmur, Tangkak (4.52m/2.00m);
  • Sungai Kesang di Telok Rimba, Tangkak (4.22m/2.20m);
  • Sungai Batu Pahat di Empangan Bekok, Batu Pahat (20.55m/16.00m);
  • Sungai Bekok di Bt. 77 Jln. Yong Peng, Batu Pahat (7.44m/5.00m);
  • Sungai Kahang di Kampung Contoh, Kluang (16.64m/10.00m);
  • Sungai Benut di Empangan Machap, Kluang (17.53m/15.85m);
  • Sungai Siam di Kampung Sungai Siam, Kulai (21.14m/19.00m);
  • Sungai Ulu Pontian Besar di Kampung Melayu Bukit Batu, Kulai (11.98m/0.00m);
  • Sungai Johor di Rantau Panjang, Kota Tinggi (10.76m/4.00m); dan
  • Sungai Johor di Kota Tinggi (2.84m/0.50m).

Negeri Sembilan

  • Sungai Serting di Kampung Datok Johan (2), Jempol (74.61m/72.00m);
  • Sungai Muar di Pekan Rompin, Jempol (36.01m/28.00m);
  • Sungai Muar di Kampung Berembang , Kuala Pilah (63.60m/61.80m);
  • Sungai Gemencheh di Empang Sungai Dua, Tampin (35.32m/36.50m); dan
  • Sungai Gemas di Kampung Tiong, Tampin (23.58m/19.00m).

Pahang

  • Sungai Tembeling di Kampung Merting, Jerantut (58.48m/50.00m);
  • Sungai Jempol di Ran Felda Jengka, Maran (31.11m/27.40m);
  • Sungai Belat di Sri Damai, Kuantan (5.06m/1.50m);
  • Sungai Pukin, Rompin (47.41m/40.80m); dan
  • Sungai Keratong di Jambatan Bahau Keratong, Rompin (27.04m/18.00m).

Selangor

  • Sungai Sompo di Pekan Beranang, Hulu Langat (32.91m/31.20m).

Sarawak

  • Sungai Batang Tatau di Muput, Bintulu (9.88m/3.00m).

Berita berkaitan
Indira kemuka saman 8 negeri tuntut isytihar tukar agama unilateral tak sah
5 jam lalu· Isu semasa
Mangsa banjir Batu Pahat menurun tinggal 13,872 di PPS
22 jam lalu· Isu semasa
Mangsa banjir enam negeri kini cecah 40,000 lebih di PPS
March 4, 2023· Isu semasa
Empat negeri diberi amaran hujan sangat lebat sehingga esok
March 1, 2023· Isu semasa
Popular
Isteri pelakon bawa watak Anwar mohon cerai: Laporan
March 20, 2023
Selama tiga minggu berturut-turut pelabur asing lari dari Malaysia
March 20, 2023
Kempen antirasuah Anwar hanya mahu singkir pembangkang: Tun M
March 20, 2023
Che’gu Bard dakwa Anwar, DAP lindungi kesalahan menteri KBS
March 20, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Kos haji bagi B40 kekal RM10,980 dengan RM400 juta peruntukan bantuan
8 jam lalu · Isu semasa
Jangan kata kita nak bunuh TnG, kata Loke
8 jam lalu · Isu semasa
Che’gu Bard dakwa Anwar, DAP lindungi kesalahan menteri KBS
10 jam lalu · Isu semasa
Kempen antirasuah Anwar hanya mahu singkir pembangkang: Tun M
10 jam lalu · Isu semasa
Mangsa banjir Johor turun kepada 8,650, 47 PPS masih beroperasi
12 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Anak muda pantang ditipu, lebih yakin dengan Perikatan
15 jam lalu
[VIDEO] Sertai Pakatan dakyah ‘cybertrooper’, PAS tawakal dengan Bersatu
20 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok