26 Julai kes Shahrir gagal isytihar RM1 juta diterima daripada Najib

February 8, 2022 · Isu semasa

Perbicaraan kes bekas Pengerusi Felda Tan Sri Shahrir Samad yang didakwa gagal mengisytiharkan RM1 juta yang diterima daripada Datuk Seri Najib Razak kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) akan bermula 26 Julai ini di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur di hadapan hakim lain.

Hakim Datuk Muhammad Jamil Hussin menetapkan tarikh itu ketika pengurusan kes tersebut hari ini, lapor Bernama.

Terdahulu Timbalan Pendakwa Raya Mohd ‘Afif Ali berkata kes itu dipindahkan dari Mahkamah Tinggi Jenayah lima (MTJ 5) untuk didengar di hadapan Hakim Muhammad Jamil.

“Tarikh bicara sebelum ini telah ditetapkan di MTJ 5 (Hakim Datuk Ahmad Shahrir Mohd Salleh),” katanya yang turut memaklumkan akan memanggil 19 saksi pada perbicaraan kes itu.

Hakim Muhammad Jamil berkata tarikh perbicaraan yang telah ditetapkan oleh mahkamah sebelum ini terpaksa dijadualkan semula kerana beliau perlu mendengar beberapa kes lain dan menetapkan 26 hingga 28 Julai, 8 hingga 11 Ogos, 5 hingga 8 September dan 3 hingga 6 Oktober untuk perbicaraan.

Hakim Ahmad Shahrir yang dipindahkan ke Mahkamah Tinggi Sivil mulai semalam, sebelum ini menetapkan perbicaraan bermula pada 6 April.

Shahrir, 72, yang diwakili peguam Syahrul Syazwan Salehin hadir pada prosiding hari ini.

Shahrir didakwa melibatkan diri dalam pengubahan wang haram dengan cara tidak melaporkan pendapatan sebenar dalam borang cukai pendapatan yang bertentangan dengan Seksyen 113 (1) (a) Akta Cukai Pendapatan 1967, iaitu tidak mengisytiharkan pendapatan diterima daripada Najib berjumlah RM1 juta melalui sekeping cek yang kemudiannya dimasukkan ke dalam akaun bank milik tertuduh.

Beliau didakwa melakukan perbuatan itu di LHDN, Cawangan Duta, Kompleks Pejabat Kerajaan, Jalan Tuanku Abdul Halim di sini pada 25 April 2014.

Pertuduhan mengikut Seksyen 4 (1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 yang membawa hukuman denda tidak melebihi RM5 juta atau penjara maksimum lima tahun atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Berita berkaitan
‘Mencurah wang’ daripada syarikat berkait Jho Low masuk akaun Najib
8 jam lalu· Isu semasa
Bekas pegawai khas kepada bekas MB Johor didakwa palsukan slip gaji
September 27, 2022· Isu semasa
RM2.08 bilion masuk akaun Najib dalam dua bulan, kata saksi
September 26, 2022· Isu semasa
Najib ke mahkamah sambung kes RM2.28b 1MDB selepas keluar hospital
September 26, 2022· Isu semasa
Popular
Peguam Najib kata RM60.6j hadiah Saudi, tapi saksi tak dapat sahkan
September 28, 2022
Mahkamah tolak permohonan Shafee gantung prosiding saman LHDN
September 28, 2022
Kes Ebit Lew: Saksi minta mangsa buat laporan polis di Sabah
September 28, 2022
‘Mencurah wang’ daripada syarikat berkait Jho Low masuk akaun Najib
September 28, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Kerajaan perlu wujudkan mekanisme pantau, nilai pelaksanaan syor MPN
5 jam lalu · Isu semasa
SRC, 2 anak syarikat selesai saman terhadap Putrade Property: Laporan
5 jam lalu · Isu semasa
Hampir 16,000 anggota agensi bencana siap sedia di Selangor
6 jam lalu · Isu semasa
Pakar motivasi nafi cuba rosakkan reputasi Ebit Lew
6 jam lalu · Isu semasa
FAA akan letak semula keselamatan udara kita ke Kategori 1: Laporan
7 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Sampai kiamat pun Guan Eng kata saya menteri gagal, sindir Hishammuddin
September 27, 2022
[VIDEO] PAS komited bersama PN, akan umum hala tuju PRU15
September 27, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok