26 individu disaring di Parlimen pada Jumaat, Sabtu positif Covid-19

September 13, 2021 · Isu semasa

Dua puluh enam daripada 1,801 individu yang menjalani ujian saringan Covid-19 di Bangunan Parlimen pada 10 dan 11 September lalu dikenal pasti positif Covid-19 dan kes yang dilaporkan itu adalah hasil ujian RT-PCR yang melibatkan seorang Senator dan 25 kakitangan Parlimen.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata dua Ahli Parlimen juga dikenal pasti positif Covid-19 hasil saringan di luar bangunan itu dalam tempoh sama.

“Hasil siasatan awal mendapati semua individu positif telah lengkap vaksinasi dan 15 daripada mereka adalah kes disahkan Covid-19 sebelum ini iaitu di antara 27 Mei 2021 hingga 1 September 2021, manakala 13 individu pula baharu sahaja dikesan positif buat pertama kali ketika saringan 10 sehingga 11 September 2021.

“Dua kes mempunyai kadar kebolehjangkitan yang tinggi dengan nilai CT atau nilai kitaran ambang RT-PCR di antara 17.57 sehingga 20.58, dan 26 kes dengan nilai CT di antara 21.95 sehingga 38.23,” katanya.

Beliau berkata, Dr Noor Hisham berkata ujian PCR ‘genotyping assay’ yang dijalankan mendapati 18 sampel berkemungkinan besar adalah varian Delta dan satu berkemungkinan besar adalah varian Beta.

Katanya, bagi mengesahkan jenis varian ini, Makmal Kesihatan Awam Kebangsaan (MKAK) telah mula menjalankan penjujukan seluruh genom Covid-19.

Dalam pada itu, beliau berkata antara langkah yang diambil bagi mengekang penularan virus itu di bangunan Parlimen ialah individu yang kali pertama disahkan positif iaitu sebanyak 13 kes tidak dibenarkan hadir ke sidang Parlimen.

“Mereka telah diasingkan dan diberi Perintah Pengawasan dan Pemerhatian di Rumah (HSO). Siasatan dan penilaian risiko masih dijalankan untuk menentukan kaitan epidemiologi di antara satu sama lain serta mengenal pasti kontak rapat,” katanya.

Dr Noor Hisham berkata individu yang pernah disahkan Covid-19 sebelum ini iaitu membabitkan 15 kes, akan disiasat semula untuk menilai tahap kesihatan dan jangkitan semasa supaya tindakan lanjut dapat diambil.

“Tindakan ini penting bagi mengenal pasti dengan lebih lanjut status jangkitan mereka memandangkan terdapat di kalangan mereka yang masih mempunyai gejala ringan. Buat masa ini, mereka juga tidak dibenarkan hadir ke Sidang Parlimen sehingga diberi keputusan akhir penilaian Kementerian Kesihatan Malaysia,” katanya.

Pada masa sama beliau berkata Parlimen Malaysia dengan kerjasama Kementerian Kesihatan (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN) telah menyediakan beberapa prosedur operasi standard (SOP) khas bagi memastikan kelancaran perjalanan sesi Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Parlimen Ke-14 bermula hari ini.

Beliau berkata antara SOP yang perlu dipatuhi semua individu yang akan memasuki bangunan Parlimen adalah mereka yang telah menerima vaksinasi lengkap dan melebihi 14 hari dari tarikh dos terakhir, menjalani ujian saringan Covid-19 secara Tindak Balas Berantai Polimerase (RT-PCR) dalam masa tiga hari sebelum memasuki bangunan itu.

“Selain itu, sepanjang tempoh persidangan Parlimen berlangsung, semua hadirin yang hadir ke bangunan Parlimen perlu menjalani ujian kendiri pengesanan jangkitan Covid-19 seperti yang ditetapkan oleh pihak Parlimen,” katanya.

Beliau berkata KKM turut menasihatkan agar semua individu yang akan hadir ke Parlimen dikehendaki mematuhi SOP dan peraturan sedia ada bagi memastikan mesyuarat dapat berjalan lancar, selamat serta penularan Covid-19 dapat dicegah di kawasan Parlimen.

Berita berkaitan
Pengerusi PAC sebelum ini dari DAP sahkan perolehan vaksin teratur, nak spin apa lagi?
January 25, 2023· Isu semasa
Speaker putuskan tiada kekosongan di empat kerusi bekas ahli Bersatu Sabah
January 16, 2023· Politik
4,069 pengembara China tiba di Malaysia, belum kesan positif Covid-19: KKM
January 10, 2023· Isu semasa
Sempadan China dibuka semula ketika kes Covid-19 semakin meningkat
January 8, 2023· Dunia
Popular
Formula baharu Rafizi, perluas model pekerja sambilan bagi pengusaha restoran
January 27, 2023
Kos tunai haji 2023 naik RM31,000
January 16, 2023
Strategi hadapi krisis ekonomi 2023
January 28, 2023
Pemimpin PAS dan Bersatu berkumpul di depan Kedutaan Sweden, tiada pemimpin UMNO
January 27, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Strategi hadapi krisis ekonomi 2023
7 jam lalu · Isu semasa
Formula baharu Rafizi, perluas model pekerja sambilan bagi pengusaha restoran
17 jam lalu · Isu semasa
Kes 1MDB: Saksi mengaku gagal kendali akaun Najib
23 jam lalu · Isu semasa
Pemimpin PAS dan Bersatu berkumpul di depan Kedutaan Sweden, tiada pemimpin UMNO
23 jam lalu · Isu semasa
Kes bunuh pengawal keselamatan, tertuduh dijatuhi hukuman mati
24 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Ucapan Ustaz Ahmad di majlis kutipan dana PRN Pas Kedah
11 jam lalu
[VIDEO] Noh Omar boleh rayu lagi walaupun sabotaj 16 kali, kata Megat Zulkarnain
12 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok