2,568 syarikat pengendali pelancongan terima bantuan PEMERKASA

June 10, 2021 · Isu semasa

Bantuan kewangan berjumlah RM7.70 juta sudah disalurkan kepada 2,568 syarikat pengendali pelancongan di bawah inisiatif Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi (PEMERKASA).

Bagaimanapun, Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) dalam satu kenyataan sedang meneliti beberapa aspek berhubung syarat kelayakan untuk memastikan golongan sasar dalam sektor tersebut menerima bantuan kewangan yang disediakan oleh kerajaan itu.

“Justeru, MOTAC akan menambah baik syarat kelayakan bagi memastikan lebih banyak golongan sasaran menerima manfaat dengan tampil mengemukakan permohonan bagi tujuan tersebut,” menurut kenyataan itu.

Menurut MOTAC, maklumat mengenai syarat kelayakan PEMERKASA 2021 bagi syarikat pengendali pelancongan yang berlesen di bawah kementerian itu boleh didapati melalui laman sesawang http://www.motac.gov.my/PemerkasaMotac2021.

Tarikh tutup permohonan bagi inisiatif tersebut adalah pada 15 Julai ini.

Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Mac lepas mengumumkan Geran Bantuan Khas secara one-off sebanyak RM3,000 kepada lebih 5,000 agensi pelancongan yang berdaftar di bawah MOTAC.

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Speaker Dewan Negara tegur menteri tak hadir sidang
December 11, 2023· Politik
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Popular
SPRM masih cari jutaan ringgit kes pembantu menteri DAP: Laporan
April 18, 2023
Kata masuk pelaburan berbilion, Rafidah terkejut kilang tayar tutup
March 7, 2024
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
LCS: Anwar cakap tak serupa bikin
May 29, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Polis sedang kesan individu hina Sultan Selangor, dipercayai berada luar negara
24 jam lalu · Isu semasa
Saman fitnah: Rayuan Jamal ditolak, perlu bayar RM300 ribu kepada Kok
24 jam lalu · Isu semasa
Kata masuk pelaburan berbilion, Rafidah terkejut kilang tayar tutup
March 7, 2024 · Isu semasa
Laman akaun Facebook tak boleh diakses jutaan pengguna
March 5, 2024 · Isu semasa
Ahli Parlimen blok kerajaan juga tak setuju cukai SST dinaikkan
March 5, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok