2,561 kes baharu, lapan kematian

October 21, 2022 · Isu semasa

Jumlah jangkitan baharu Covid-19 di seluruh negara dalam tempoh 24 jam semalam (Khamis, 20 Oktober 2022), meningkat lagi kepada 2,561 kes berbanding 2,295 pada Rabu, lapor Kementerian kesihatan (KKM) hari ini.

Jumlah itu termasuk lapan kes import.

Angka itu menjadikan jumlah kumulatif positif Covid-19 sejak 25 Januari 2020 hingga semalam meningkat kepada 4,875,131 kes, dengan 4,813,058 pesakit telah sembuh, termasuk 1,248 yang pulih semalam.

Menurut data laman sesawang Github KKM, daripada jumlah kes baharu itu, 1,865 kes melibatkan individu yang telah menerima suntikan dos penggalak; 487 kes (penerima dua dos); 197 kes (individu tidak divaksinasi); dan 12 kes (individu belum lengkap divaksinasi).

Sementara itu, data laman sesawang KKMNOW pula menunjukkan sehingga kini 25,636 kes masih aktif, meningkat berbanding 24,331 kes yang dilaporkan sehingga Rabu.

Daripada jumlah itu, 24,483 pesakit masih menjalani kuarantin di rumah (23,215 pesakit pada Rabu); 1,102 dirawat di hospital meningkat berbanding 1,072 pada Rabu.

Seramai 51 pesakit dimasukkan ke unit rawatan rapi (44 Rabu), dengan 23 daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan (11 Rabu).

Tiada pesakit yang kini ditempatkan untuk menerima rawatan di PKRC.

Berikut adalah jumlah kes harian setiap negeri semalam, serta kumulatif positif sejak Januari 2020:

  • Selangor – 902 (1,488,673)
  • Kuala Lumpur – 683 (445,236)
  • Sabah – 121 (397,392)
  • Johor – 55 (394,757)
  • Sarawak – 74 (316,857)
  • Kedah – 88 (311,019)
  • Pulau Pinang – 98 (298,956)
  • Kelantan – 53 (254,567)
  • Perak – 175 (230,441)
  • Negeri Sembilan – 111 (223,834)
  • Pahang – 48 (178,155)
  • Melaka – 72 (136,369)
  • Terengganu – 26 (130,036)
  • Putrajaya – 51 (28,003)
  • Labuan – 0 (22,300)
  • Perlis – 4 (18,536)

Sementara itu, lapan pesakit meninggal dunia akibat komplikasi Covid-19 semalam, termasuk satu kematian di luar fasiliti kesihatan atau brought in death (BID).

Empat daripada kematian dilaporkan di Selangor; Kedah (dua, termasuk satu BID(; dan masing-masing satu di Johor serta Sarawak.

Untuk rekod, Malaysia kali pertama mencatatkan kes kematian akibat Covid-19 ialah pada 17 Mac 2020 dan sehingga kini jumlah angka korban adalah sebanyak 36,437 kes.

Daripada jumlah yang dilaporkan itu, sebanyak 7,750 kes adalah kematian BID.

Berita berkaitan
Pengguna beralih daripada beli beras import ke beras tempatan, kata Mat Sabu
September 19, 2023· Isu semasa
Nyahsenarai cecair nikotin: MCTC saman menteri kesihatan, kerajaan
July 3, 2023· Isu semasa
Kira elaun ‘on-call’ hanya 15 jam sehari bukan 24 jam : KKM
June 26, 2023· Isu semasa
Harga beras import naik bulan depan : Mydin
June 23, 2023· Isu semasa
Popular
Zaid Ibrahim disiasat bawah Akta Hasutan, diambil keterangan
September 21, 2023
Ribuan peniaga diramal gulung tikar ekoran kenaikan harga bahan mentah: Laporan
September 20, 2023
Kemalangan treler: Pekerja Pos Malaysia dan Mahkamah Ampang dikenal pasti maut
September 20, 2023
Kemalangan treler Putrajaya: Pemandu direman empat hari
September 21, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Tun M komited bantu pembangunan ekonomi ‘SG4’
16 minit lalu · Isu semasa
Zaid Ibrahim disiasat bawah Akta Hasutan, diambil keterangan
5 jam lalu · Isu semasa
RM4 juta masuk akaun Najib dari syarikat berkait Jho Low: Saksi
5 jam lalu · Isu semasa
Kemalangan treler Putrajaya: Pemandu direman empat hari
5 jam lalu · Isu semasa
Penagih dadah meningkat 27 peratus, kata AADK
8 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Susah senang bersama, PN tidak akan khianat pengundi sertai kerajaan PH-BN
4 jam lalu
[VIDEO] Rakyat beratur beli beras Rahmah macam negara kita miskin
7 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok