
Prosedur operasi standard (SOP) Covid-19 membabit pemakaian pelitup muka di masjid dan surau di Selangor masih diwajibkan.
Sebanyak 2,536 jangkitan baharu Covid-19 dilaporkan dalam tempoh 24 jam semalam (Ahad, 3 Julai 2022), termasuk tiga kes import, kata Kementerian Kesihatan (KKM), hari ini.
Daripada jumlah baharu itu, 1,845 kes melibatkan individu yang telah menerima suntikan dos penggalak vaksin Covid-19, diikuti 474 kes (penerima dua dos); 195 kes (individu tidak divaksinasi); dan 22 kes (individu belum lengkap divaksinasi).
Jangkitan baharu itu menjadikan kumulatif positif sejak Januari 2020 hingga semalam meningkat kepada 4,573,891 kes, dengan 4,508,322 pesakit telah sembuh, termasuk 3,123 yang pulih semalam.
Sehingga semalam juga, sebanyak 29,793 kes masih aktif, termasuk 28,508 pesakit yang menjalani kuarantin di rumah; 10 ditempatkan di PKRC; 1,221 dirawat ke hospital; dan 45 dimasukkan ke unit rawatan rapi, dengan 26 daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan.
Berikut adalah pecahan kes harian semalam serta kumulatif positif sejak 2020 mengikut negeri:
Selangor – 1,070 (1,392,014)
Johor – 64 (386,223)
Sabah – 139 (375,369)
W.P. KL – 538 (373,772)
Sarawak – 30 (308,036)
Kedah – 26 (301,822)
Pulau Pinang – 140 (285,728)
Kelantan – 8 (248,407)
Negeri Sembilan – 103 (208,131)
Perak – 239 (207,632)
Pahang – 27 (172,568)
Terengganu – 17 (126,695)
Melaka – 66 (126,308)
W.P.Putrajaya – 59 (22,059)
W.P. Labuan – 5 (21,512)
Perlis – 5 (17,615)
Sementara itu, KKM juga melaporkan lima pesakit meninggal dunia akibat komplikasi Covid-19 semalam, menjadikan kumulatif kematian sejak Mac 2020 meningkat kepada 35,776 kes.
Dua daripada kematian itu masing-masing direkodkan di Johor dan Terengganu, manakala satu kes di Sarawak.