2,521 kes semalam, lapan kematian

November 8, 2022 · Isu semasa

Jumlah pesakit Covid-19 yang sembuh semalam (Isnin, 7 November 2022) melebihi daripada jangkitan baharu dan tertinggi dalam tempoh 75 hari, menurut rekod Kementerian Kesihatan (KKM).

Data KKMNOW yang dikemas kini tengah malam tadi menunjukkan seramai 4,695 pesakit telah pulih semalam, berbanding 3,774 yang dicatat pada Ahad.

Jumlah pesakit sembuh harian sebelum ini dicatat pada 23 Ogos lalu iaitu seramai 4,856 kes.

Sementara itu, jangkitan harian Covid-19 di seluruh negara dalam tempoh 24 jam semalam di bawah 3,000 apabila mencatat 2,521 kes, berbanding 3,913 yang direkodkan pada Ahad

Jumlah itu menjadikan kumulatif positif Covid-19 sejak 25 Januari 2020 hingga semalam meningkat kepada 4,929,972 kes, dengan 4,858,943 pesakit telah sembuh.

Menurut data laman sesawang Github KKM, daripada jumlah jangkitan baharu itu, 1,756 kes melibatkan individu yang telah menerima suntikan dos penggalak; 505 kes (penerima dua dos); 249 kes (individu tidak divaksinasi); dan 11 kes (individu belum lengkap divaksinasi).

Sementara itu, data laman sesawang KKMNOW juga menunjukkan sehingga kini 34,534 kes masih aktif, turun mendadak berbanding 36,716 kes yang dilaporkan sehingga Ahad.

Daripada jumlah itu, 32,766 pesakit masih menjalani kuarantin di rumah (35,039 pesakit pada Ahad); dan 1,695 dirawat di hospital, naik sedikit berbanding 1,610 pada Ahad.

Seramai 73 pesakit dimasukkan ke unit rawatan rapi (67 pada Ahad), dengan 47 daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan (50 Ahad).

Berikut adalah jumlah kes harian setiap negeri semalam, serta kumulatif positif sejak Januari 2020:

  • Selangor – 879 (1,509,529)
  • Kuala Lumpur – 461 (457,443)
  • Sabah – 178 (400,467)
  • Johor – 69 (395,726)
  • Sarawak – 43 (317,926)
  • Kedah – 118 (312,531)
  • Pulau Pinang – 132 (301,574)
  • Kelantan – 131 (255,872)
  • Perak – 88 (234,307)
  • Negeri Sembilan – 179 (226,878)
  • Pahang – 77 (179,183)
  • Melaka – 100 (138,028)
  • Terengganu – 57 (130,594)
  • Putrajaya – 4 (28,906)
  • Labuan – (22,371)
  • Perlis – 5 (18,637)

Sementara itu, lapan pesakit pesakit meninggal dunia akibat komplikasi Covid-19 semalam, termasuk dua daripadanya meninggal dunia di luar fasiliti kesihatan atau ‘brought in death’ (BID).

Dua daripada kes kematian itu masing-masing dilaporkan di Perak dan Pulau Pinang (satu BID), manakala selebihnya di Johor, Kedah, Sabah dan Selangor (BID).

Jumlah itu menjadikan kumulatif kematian yang dilaporkan mulai 17 Mac 2020 sebanyak 36,495 kes, termasuk 7,767 kes BID.

Malaysia Memilih
Semak keputusan PRU15
Berita berkaitan
PRU15: Tiada laluan khas pengundi positif Covid-19 di pusat undi
November 16, 2022· Isu semasa
KJ, Dr Noor Hisham disaman isu vaksin Covid-19
November 16, 2022· Isu semasa
Covid-19 : Pengundi positif dilarang naik Grab, bas keluar undi
November 15, 2022· Isu semasa
5 mangsa banjir positif Covid-19 di Kelantan
November 14, 2022· Isu semasa
Popular
Lantikan Zahid sebagai TPM bukti kerajaan baharu bersih
December 2, 2022
Sembilan pertuduhan rogol, amang seksual dihadapi penceramah bebas
November 29, 2022
Kasut selesa elak sakit kaki
January 24, 2022
Baik buruk media sosial
March 26, 2022
Lagi Isu semasa terkini
2,421 kes baharu, 9 kematian
24 jam lalu · Isu semasa
Lantikan Zahid sebagai TPM bukti kerajaan baharu bersih
December 2, 2022 · Isu semasa
Pelajar Kafa duduki ujian dalam banjir
December 2, 2022 · Isu semasa
2,375 kes baharu, 11 kematian
December 2, 2022 · Isu semasa
MetMalaysia keluar amaran hujan berterusan di Kelantan, Terengganu hingga Sabtu
December 2, 2022 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Jangan berkira duit balik mengundi demi bangsa dan agama
December 3, 2022
[VIDEO] Ucapan Sanusi di PRK Padang Serai
December 3, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok