2,516 kes baharu, 11 kematian

November 23, 2022 · Isu semasa

Jumlah kematian akibat komplikasi Covid-19 dalam tempoh 24 jam semalam (Selasa, 22 November 2022), kekal tinggi berbanding sebelum ini apabila 11 pesakit meninggal dunia, menurut data Kementerian Kesihatan (KKM), hari ini.

Daripada jumlah itu tujuh kematian berlaku di luar fasiliti kesihatan atau brought in death (BID).

Tiga kes kematian direkodkan di Sabah (termasuk dua kes BID); Sarawak dua kes (satu BID) dan masing-masing satu di Johor (BID); Kedah, Melaka, Pahang, Perak (BID) dan Selangor (BID).

Jumlah itu menjadikan kumulatif kematian akibat komplikasi Covid-19 yang dilaporkan mulai 17 Mac 2020 hingga semalam sebanyak 36,620 kes, termasuk 7,794 kes BID.

Sementara itu, jangkitan harian Covid-19 dalam tempoh 24 jam semalam juga meningkat sedikit apabila mencatat 2,516 kes baharu berbanding 2,121 kes direkodkan pada Isnin.

Jumlah itu menjadikan kumulatif positif Covid-19 sejak 25 Januari 2020 hingga semalam meningkat kepada 4,971,936 kes, dengan 4,908,313 pesakit telah sembuh, termasuk 2,643 yang pulih semalam.

Menurut data laman sesawang Github KKM, daripada jumlah jangkitan baharu itu, 1,728 kes melibatkan individu yang telah menerima suntikan dos penggalak; 525 kes (penerima dua dos); 245 kes (individu tidak divaksinasi); dan 18 kes (individu belum lengkap divaksinasi).

Sementara itu, data laman sesawang KKMNOW yang dikemas kini tengah malam tadi menunjukkan sehingga kini 27,003 kes masih aktif, turun semula berbanding 27,141 yang dilaporkan sehingga Isnin.

Daripada jumlah itu, 24,071 pesakit masih menjalani kuarantin di rumah (25,149 pesakit pada Isnin); dan 1,839 dirawat di hospital, turun semula berbanding 1,900 pada Isnin.

Seramai 93 pesakit dimasukkan ke unit rawatan rapi (92 pada Isnin), dengan 59 daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan (58 pada Isnin).

Berikut adalah jumlah kes harian setiap negeri semalam, serta kumulatif positif sejak Januari 2020:

  • Selangor – 754 (1,525,649)
  • Kuala Lumpur – 292 (461,513)
  • Sabah – 171 (403,354)
  • Johor – 38 (396,632)
  • Sarawak – 201 (319,594)
  • Kedah – 184 (314,704)
  • Pulau Pinang – 95 (303,728)
  • Kelantan – 198 (257,656)
  • Perak – 111 (236,082)
  • Negeri Sembilan – 66 (228,526)
  • Pahang – 114 (180,555)
  • Melaka – 122 (140,589)
  • Terengganu – 87 (131,469)
  • Putrajaya – 62 (30,595)
  • Labuan – 16 (22,554)
  • Perlis – 5 (18,736).

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023· Isu semasa
Popular
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Hijrah Diri Jakim bantu LGBT kena serang, dikeluarkan dari Google Play
March 18, 2022
Hubungi 997 jika kena scam
October 14, 2022
Iklan ‘duit raya’ GDBET333 dinyahaktif
April 16, 2021
Lagi Isu semasa terkini
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Kesan hapus subsidi, Bank Dunia jangka inflasi Malaysia naik 2.5 peratus
April 1, 2024 · Isu semasa
Polis terima satu lagi laporan bom petrol dilempar ke KK Mart
March 30, 2024 · Isu semasa
Senjata api dimiliki warga Israel dibekal warga tempatan: Polis
March 30, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok