2,512 kes semalam, tiga kematian

June 25, 2022 · Isu semasa

Jangkitan harian Covid-19 di seluruh negara dalam tempoh 24 jam semalam (Jumaat, 24 Jun 2022) turun sedikit kepada 2,512 kes berbanding 2,796 pada Khamis, menurut rekod Kementerian Kesihatan (KKM).

Sebanyak 194 daripada jumlah kes harian semalam melibatkan kes import.

Jumlah kes baharu itu menjadikan kumulatif positif sejak Januari 2020 sebanyak 4,552,359 kes – ketiga tertinggi dalam kalangan negara-negara ASEAN selepas Vietnam dan Indonesia. Ianya turut melibatkan 37,723 kes import.

Dalam tempoh itu, seramai 4,488,367 pesakit telah sembuh, termasuk1,580 yang pulih semalam.

Daripada jumlah jangkitan baharu itu, 1,847 kes melibatkan individu yang telah menerima suntikan dos penggalak vaksin Covid-19; penerima dua dos (451 kes); individu tidak divaksinasi (193 kes); dan penerima belum lengkap vaksinasi (21 kes).

Data laman sesawang Github KKM menunjukkan sehingga semalam sebanyak 28,247 kes masih aktif, meningkat berbanding 27,318 kes pada Khamis.

Mereka yang masih menjalani kuarantin di rumah juga naik kepada 27,173 individu berbanding 26,253 pada Khamis, manakala jumlah yang ditempatkan di PKRC turun kepada 14 pesakit, berbanding 18 (Khamis).

Sementara itu, jumlah individu yang menerima rawatan di hospital akibat Covid-19 sehingga semalam naik kepada 1,026 berbanding 1,009 pada Khamis.

Bagaimanapun, jumlah pesakit yang dimasukkan ke unit rawatan rapi turun kepada 34 kes semalam berbanding 38 pada Khamis.

Berikut adalah pecahan kes harian semalam serta kumulatif positif sejak 2020 mengikut negeri:

  • Selangor – 732 (1,385,237);
  • Johor – 69 (385,622);
  • Sabah – 170 (374,036);
  • Kuala Lumpur – 796 (367,568);
  • Sarawak – 55 (307,635);
  • Kedah – 37 (301,422);
  • Pulau Pinang – 176 (284,434);
  • Kelantan – 19 (248,248);
  • Negeri Sembilan – 149 (207,002);
  • Perak – 135 (206,251);
  • Pahang – 38 (172,212);
  • Terengganu – 20 (126,510);
  • Melaka – 54 (125,643);
  • Labuan – 4 (21,457);
  • Putrajaya – 51 (21,540); dan
  • Perlis – 7 (17,542).

Sementara itu, KKM memaklumkan tiga pesakit meninggal dunia akibat komplikasi Covid-19 semalam, termasuk dua kes kematian di luar fasiliti kesihatan atau ‘brought in death’ (BID).

Tiga kematian itu masing-masing melibatkan dua di Melaka dan satu kes BID di Kuala Lumpur.

Jumlah itu menjadikan kumulatif kematian sejak Mac 2020 hingga semalam meningkat kepada 35,745 kes, termasuk 7,583 kes BID.

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 sebanyak 3,927 dengan enam kematian baharu
August 6, 2022· Isu semasa
Dua peguam Zahid dijangkiti Covid-19, bicara kes rasuah YAB ditangguh
August 5, 2022· Isu semasa
Kadar pengangguran masih tinggi walaupun turun pada 2022
August 3, 2022· Isu semasa
India sahkan kematian pertama jangkitan cacar monyet
August 2, 2022· Dunia
Popular
RM93,300 untuk belanja sambutan hari jadi isteri Zahid, kata saksi
August 10, 2022
Model pakai seksi: Kerajaan PAS panggil penganjur minggu fesyen
August 10, 2022
Peguam baharu Najib tarik diri jika kes rayuan diteruskan: Laporan
August 10, 2022
Kajian ubah cuti rehat hujung minggu diserah kepada Sultan Johor
August 10, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Hishammuddin perlu jawab tiga persoalan isu kapal tempur TLDM
2 jam lalu · Isu semasa
Bot karam di Pulau Redang: Tiga nelayan lemas, dua masih hilang
3 jam lalu · Isu semasa
RON97 turun lagi 10 sen
3 jam lalu · Isu semasa
Hishammuddin sokong dedah laporan audit forensik kapal LCS
5 jam lalu · Isu semasa
Saksi beritahu tak siasat VIP lain didakwa terima wang UKSB
6 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Bersatu serah memorandum tubuh RCI siasat projek LCS
8 jam lalu
[FOTO] Dragon Muay Thai gegar Bukit Bintang
August 8, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok