2,500 guru enggan divaksin diberi tugas lain di sekolah

September 4, 2021 · Isu semasa

Seramai 2,500 guru yang enggan menerima suntikan vaksin Covid-19 akan diberi tugasan lain di sekolah ketika sesi persekolahan dibuka nanti, setelah mereka tidak dibenar mengajar secara bersemuka dalam kelas.

Menteri Kanan Pendidikan Datuk Dr Radzi Jidin berkata terdapat banyak tugasan lain di sekolah yang boleh dilakukan guru berkenaan.

“Pada masa sama kami juga sedang berbincang dengan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) apa tindakan dan pendekatan selanjutnya untuk guru-guru ini, dan insya-Allah saya sendiri akan berhubung dengan sebahagian daripada mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media di Sekolah Kebangsaan Haji Nyak Gam, di sini hari ini, selepas melawat kesan banjir akibat fenomena kepala air di daerah Yan pada 18 Ogos lalu.

Semalam, Radzi dilaporkan sebagai berkata Kementerian Pendidikan (KPM) menetapkan guru yang enggan menerima vaksin Covid-19 tidak dibenarkan mengajar secara bersemuka di dalam kelas serta berinteraksi dengan pelajar apabila sesi persekolahan dibuka pada 3 Oktober ini.

Tindakan berkenaan diambil bagi memastikan ibu bapa yakin bahawa persekitaran sekolah selamat untuk anak-anak mereka.

Sementara itu beliau berkata, Kementerian Pendidikan memperuntukkan RM2.4 juta bagi membaik pulih empat sekolah di daerah Yan yang terjejas teruk akibat fenonema kepala air dari Gunung Jerai itu.

Menurutnya, empat sekolah terjejas ialah Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Yan, Sekolah Kebangsaan (SK) Langkasuka, Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) York Khoon dan SK Haji Nyak Gam.

“Peruntukan itu bagi membaiki kemudahan yang rosak serta menggantikan aset-aset yang musnah akibat banjir di daerah tersebut,” katanya.

Radzi berkata kementeriannya akan memastikan pelaksanaan projek kecil membaik pulih empat sekolah itu dilaksanakan secepat mungkin supaya dapat kembali beroperasi dalam keadaan baik sekiranya sesi persekolahan dibuka.

“Kita dah tengok hasil pemantauannya dan saya sudah maklumkan kepada Pengarah (Pendidikan) negeri agar keadaan yang terjejas itu dipulihkan segera bagi membolehkan murid-murid hadir ke sekolah sekiranya sesi persekolahan dapat dibuka semula,” katanya.

Katanya, lapan buah rumah guru turut terkesan, antaranya di Kampung Ruat, Titi Raga, Pekan Yan, Kampung Rendang Pasir, Kampung Setol dan Taman Pulau Bunting.

Terdahulu, Radzi juga mengunjungi dua buah rumah murid di Kampung Simpang Empat Sedaka dan Kampung Pasir, Guar Chempedak di mana bapa mereka meninggal dunia dalam fenomena kepala air tersebut.

Berita berkaitan
Peguam Bersatu dakwa PMX sasarkan MP Putrajaya secara sistematik selepas dikecam
September 25, 2023· Politik
Wartawan dan kumpulan media bidas SKMM beri tekanan terhadap portal berita
September 25, 2023· Isu semasa
Ini semua luar tabii, kata MP Alor Setar sindir Setiausaha Politik PMX
September 22, 2023· Politik
Kecoh laungan ‘peliwat’ di Dewan Rakyat, Wan Saiful kata Anwar tak layak jadi PM
September 20, 2023· Politik
Popular
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Permohonan rayuan peguam Najib gantung saman LHDN RM9.41 juta pada 16 Jun
February 16, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
19 jam lalu · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
19 jam lalu · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok