25 kematian penutup kes Covid-19 2021, 31,487 jumlah terkumpul

January 1, 2022 · Isu semasa

Menutup tirai 2021, Kementerian Kesihatan (KKM) melaporkan seramai 25 pesakit di lapan negeri meninggal dunia, termasuk empat kematian yang belum sempat menerima rawatan di hospital atau kes ’brought in death’ (BID), akibat komplikasi Covid-19, dalam tempoh 24 jam semalam.

Angka terbaharu itu menjadikan kumulatif kematian akibat Covid-19 sejak mangsa pertama meninggal dunia pada Mac 2020 lalu meningkat kepada 31,487, termasuk 6,355 kes BID

Selangor – negeri yang kekal menjadi ’hotspots’ Covid-19 di negara ini – merekodkan 10 kematian, semalam, menjadikan keseluruhannya 9,954 kes, termasuk 2,109 kes BID, lapor KKM menerusi laman sesawang Covidnow.

Sehingga 31 Disember 2021, Selangor merekodkan 786,630 kumulatif kes positif, dengan 766,002 pesakit telah sembuh, manakala 10,674 kes dan 69 kluster masih aktif.

Daripada jumlah kes aktif itu, 9,305 pesakit menjalani kuarantin di rumah; 535 ditempatkan di PKRC; 787 dimasukkan ke hospital; dan 47 pesakit dirawat di unit rawatan rapi (ICU), dengan 33 daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan.

Sehingga semalam, seramai 4,767,181 atau 94.2 peratus individu di Selangor telah lengkap divaksinasi, 4,839,581 atau 95.5 peratus menerima sekurang-kurangnya satu dos, dan 1,401,948 atau 21.4 peratus menerima suntikan dos penggalak.

Bagi jumlah kematian di negeri-negeri lain, Pulau Pinang merekodkan lima kes, diikuti masing-masing tiga di Perak serta Terengganu; dan masing-masing satu di Johor, Kedah, Pahang, dan Sabah.

Tiada kes kematian dilaporkan di Kelantan, Melaka, Negeri Sembilan, Perlis, Sarawak, Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya.

Sementara itu, KKM juga memaklumkan sejak awal 2020 hingga semalam negara merekodkan kumulatif kes positif sebanyak 2,758,086, dengan 2,685,378 pesakit telah sembuh, dan 41,221 kes masih aktif.

Daripada jumlah kes aktif itu, 34,069 pesakit menjalani kuarantin di rumah; 3,368 ditempatkan di PKRC; 3,515 dimasukkan ke hospital; dan 269 pesakit dirawat di ICU, dengan 163 daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan.

Sebanyak 217 kluster daripada keseluruhan 6,128 kluster Covid-19 yang dikesan sejak awal 2020 lalu juga dilaporkan masih aktif.

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 sebanyak 3,927 dengan enam kematian baharu
August 6, 2022· Isu semasa
Dua peguam Zahid dijangkiti Covid-19, bicara kes rasuah YAB ditangguh
August 5, 2022· Isu semasa
Kadar pengangguran masih tinggi walaupun turun pada 2022
August 3, 2022· Isu semasa
India sahkan kematian pertama jangkitan cacar monyet
August 2, 2022· Dunia
Popular
Rakyat mahu tahu Menteri mana guna kuasa tukar reka bentuk LCS
August 7, 2022
Skandal kapal tempur ketika BN, UMNO memerintah cetus kemarahan rakyat
August 7, 2022
Zahid jangan lari tanggungjawab, buat-buat lupa jadi Menteri Pertahanan pada 2011
August 7, 2022
Skandal LCS: Duit hangus kapal tak sampai, kata Fahmi kepada Najib
August 7, 2022
Lagi Isu semasa terkini
PAS gesa pesalah skandal kapal tak siap dibawa ke muka pengadilan
2 jam lalu · Isu semasa
Rakyat mahu tahu Menteri mana guna kuasa tukar reka bentuk LCS
9 jam lalu · Isu semasa
RCI perlu diwujudkan siasat kepincangan skandal kapal tak siap
9 jam lalu · Isu semasa
Pihak berkuasa diarah siasat kumpulan percaya kemunculan Imam Mahdi
9 jam lalu · Isu semasa
Peguam Negara pengerusikan jawatakuasa siasat insiden di KLIA
10 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Jentera UMNO diarah mantap persiapan hadapi PRU-15
August 5, 2022
[VIDEO] Melayu jangan terpengaruh dengan Gerakan Dr M, kata Naib Presiden UMNO
August 5, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok