249,646 murid dapat manfaat bekalan lokar di 626 sekolah: Radzi

October 5, 2022 · Isu semasa

Kementerian Pendidikan (KPM) akan membekalkan lokar ke 626 sekolah dua sesi bagi fasa pertama dengan kerja pemasangan dijangka siap sepenuhnya akhir bulan ini.

Kemudahan itu bakal memanfaatkan 249,646 murid sekolah rendah sebagai antara tujuh inisiatif KPM bagi menangani isu beg berat.

Menteri Kanan Pendidikan Datuk Dr Radzi Jidin berkata bagi fasa pertama, lokar berkenaan akan dibekalkan kepada murid tahap satu iaitu Tahun Satu dan Tahun Dua dengan fasa kedua dijadualkan tahun depan.

“Ini merupakan sejarah dalam sejarah Kementerian Pendidikan Malaysia… tidak pernah kita bekalkan lokar untuk kelas-kelas di mana-mana sekolah pun.

“Daripada tujuh inisiatif, kita belanjakan RM37.3 juta untuk membekalkan lokar ke 626 sekolah dua sesi di seluruh negara.

“Sepertimana dalam lagu Guru Malaysia tunai tetap kami tunaikan. Hari ini jika pada 6 Mac 2022 kita berjanji…dan hari ini… manifestasi bahawa apa yang kita janji, kita tunaikan untuk anak-anak kita di sekolah-sekolah seluruh negara,” katanya pada Majlis Penyerahan Lokar Fasa Pertama di SK Gombak Setia, hari ini (5 Oktober 2022).

Hadir sama Ahli Parlimen Gombak yang juga Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mohamed Azmin Ali. Program penyediaan lokar di sekolah-sekolah rendah dilancarkan bertujuan menangani isu beg berat adalah antara tujuh inisiatif yang dijalankan KPM.

Dr Radzi berkata KPM mengambil pendekatan yang menyeluruh yang tidak pernah dilaksanakan sebelum ini dalam menumpukan kepada perkara-perkara struktur yang telah lama tidak diselesaikan.

“Alhamdulillah kita lihat bahawa penyelesaian ini (lokar) telah menunjukkan satu kesan atau impak yang cukup baik kepada anak-anak kita di sekolah.

“Di Parlimen Gombak ada tiga puluh lapan buah sekolah dua sesi yang bakal menerima lokar ini dan saya dimaklumkan lima sekolah telah selesai pemasangan sepenuhnya,” katanya.

Menurutnya KPM sentiasa memberikan yang terbaik kepada pelajar bagi memastikan generasi pewaris negara dapat mengikuti pendidikan dalam keadaan yang kondusif dan dapat membantu mereka membentuk karakter, jati diri dan menjadi insan yang mampu bersaing di mana sahaja mereka dicampakkan.

Pada majlis itu Dr Radzi juga berkata antara inisiatif lain dalam menangani isu beg sekolah berat antaranya adalah untuk memastikan bahawa buku latihan untuk setiap subjek ini dihadkan kepada dua sahaja.

“Kerana apa? Kita turun ke bawah ada subjek-subjek tertentu atau mata pelajaran tertentu di mana buku latihannya sampai lima hingga enam. Maka dia bawa enam buku latihan.

“Jadi kita kaji satu-satu kita hadkan kepada dua sahaja. Setiap mata pelajaran kita hadkan kepada dua buku latihan. Bagi buku aktiviti kita hadkan kepada buku aktiviti Kementerian Pendidikan sahaja.

“Selain daripada itu, kita dapati apabila jumlah mata pelajaran atau subjek banyak setiap hari maka jumlah buku yang dibawa adalah amat banyak. Ada sesetengah kelas, murid terpaksa melalui enam atau tujuh mata pelajaran berbeza setiap hari.

“Bayangkan tujuh mata pelajaran atau enam mata pelajaran dengan buku latihan, buku aktiviti dan sebagainya… maka kita tahu bahawa tentunya beg ini adalah amat berat bagi mereka khususnya untuk anak-anak kecil di tahun satu, dua dan tiga,” katanya.

Sehubungan itu, Dr Radzi berkata KPM menetapkan supaya jumlah mata pelajaran bagi Tahap Satu dikurangkan di antara tiga sehingga empat mata pelajaran sahaja sehari.

“Bukan sahaja dalam konteks mengurangkan berat beg tetapi juga membolehkan murid ini tidak menerima tekanan kerana terpaksa menyiapkan kerja rumah untuk tujuh mata pelajaran dan alhamdulillah kita dapati pendekatan ini diterima baik di sekolah-sekolah di seluruh negara,” katanya.

Berita berkaitan
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
21 jam lalu· Isu semasa
Mangsa buli sekolah sehingga hilang pendengaran peroleh ganti rugi RM600,000 lebih
October 17, 2023· Isu semasa
Peguam Bersatu dakwa PMX sasarkan MP Putrajaya secara sistematik selepas dikecam
September 25, 2023· Politik
Mahkamah kembalikan perintah pengharaman buku Gay is Okay! A Christian Perspectiveā€¯
September 25, 2023· Isu semasa
Popular
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024
Kes rasuah kementerian RM41j, penulis blog politik kena cekup SPRM
May 12, 2023
Hukuman berat untuk si pendera!
September 9, 2022
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
21 jam lalu · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Kesan hapus subsidi, Bank Dunia jangka inflasi Malaysia naik 2.5 peratus
April 1, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok