247,643 individu dewasa telah terima dos penggalak kedua

July 11, 2022 · Isu semasa

Seramai 163,405 atau 0.7 peratus individu dewasa berusia 18 tahun hingga di bawah 60 tahun telah menerima dos penggalak kedua vaksin Covid-19 sehingga semalam (10 Julai 2022).

Sementara, 16,109,656 atau 68.5 peratus lagi individu dalam lingkungan usia itu menerima suntikan dos penggalak pertama, menurut data terbaharu Kementerian Kesihatan (KKM) hari ini.

Sejak Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) dilancarkan 24 Februari tahun lalu hingga semalam juga seramai 23,030,686 atau 97.9 peratus individu dewasa telah menerima dua dos, manakala 23,308,634 atau 99.1 peratus menerima dos pertama.

Sementara itu, seramai 84,238 atau 2.3 peratus individu berusia 60 tahun dan ke atas telah menerima dos penggalak kedua, manakala 70.5 peratus atau 2,572,611 lagi menerima dos penggalak pertama.

Selain itu, 92.8 peratus atau 3,386,437 lagi golongan berkenaan menerima dos kedua, dan 93.4 peratus atau 3,406,640 lagi menerima dos pertama, kata KKM dalam kenyataan hari ini.

Bagi remaja berusia 12 hingga 17 tahun pula, seramai 182 individu telah menerima dos penggalak kedua dan 44,231 atau 1.4 peratus menerima dos penggalak kedua.

Secara keseluruhannya 2,894,593 atau 93.0 peratus remaja menerima dua dos vaksin Covid-19, manakala 2,974,984 atau 95.6 peratus menerima dos pertama.

Sejak 3 Februari lalu hingga semalam juga, seramai 1,416,110 atau 39.9 peratus kanak-kanak berusia lima tahun hingga di bawah 12 tahun telah menerima dos kedua, manakala 1,766,684 atau 49.8 peratus menerima dos pertama.

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 sebanyak 3,927 dengan enam kematian baharu
August 6, 2022· Isu semasa
Dua peguam Zahid dijangkiti Covid-19, bicara kes rasuah YAB ditangguh
August 5, 2022· Isu semasa
Kadar pengangguran masih tinggi walaupun turun pada 2022
August 3, 2022· Isu semasa
Influenza menyerang!
August 2, 2022· Isu semasa
Popular
Rakyat mahu tahu Menteri mana guna kuasa tukar reka bentuk LCS
August 7, 2022
Mangsa tetakan meninggal, tuduhan mencederakan bakal diubah
August 8, 2022
Zahid jangan lari tanggungjawab, buat-buat lupa jadi Menteri Pertahanan pada 2011
August 7, 2022
Potong usus jadi pilihan VIP: Untuk cantik atau sihat?
August 8, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Pengerusi PAC bidas Najib tak semak fakta pertikai laporan kapal tak siap
18 minit lalu · Isu semasa
2,728 kes baru semalam, 6 kematian
2 jam lalu · Isu semasa
Potong usus jadi pilihan VIP: Untuk cantik atau sihat?
2 jam lalu · Isu semasa
Mangsa tetakan meninggal, tuduhan mencederakan bakal diubah
2 jam lalu · Isu semasa
Tiada pergaduhan kaum di Sungai Petani, kata polis
3 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Jentera UMNO diarah mantap persiapan hadapi PRU-15
August 5, 2022
[VIDEO] Melayu jangan terpengaruh dengan Gerakan Dr M, kata Naib Presiden UMNO
August 5, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok