
Data 28 November 2022.
Jumlah jangkitan harian Covid-19 dalam tempoh 24 jam semalam (Isnin, 28 November 2022) meningkat sedikit kepada 2,465 kes berbanding 2,022 yang dicatat pada Ahad, menurut rekod Kementerian Kesihatan (KKM) yang dikemas kini tengah malam tadi.
Jumlah itu menjadikan kumulatif positif Covid-19 sejak 25 Januari 2020 hingga semalam meningkat kepada 4,988,759 kes, dengan 4,924,464 pesakit telah sembuh, termasuk 2,029 yang pulih semalam.
Menurut data laman sesawang Github KKM, daripada jumlah jangkitan baharu itu, 1,758 kes melibatkan individu yang telah menerima suntikan dos penggalak; 519 kes (penerima dua dos); 174 kes (individu tidak divaksinasi); dan 14 kes (individu belum lengkap divaksinasi).
Sementara itu, data laman sesawang KKMNOW yang dikemas kini tengah malam tadi menunjukkan sehingga kini 27,638 kes masih aktif, naik sedikit berbanding 27,207 yang dilaporkan sehingga Ahad.
Daripada jumlah itu, 25,614 pesakit masih menjalani kuarantin di rumah (25,117 pesakit pada Ahad); dan 1,932 dirawat di hospital, turun sedikit berbanding 1,989 pada Ahad.
KKM juga memaklumkan tiada pesakit ditempatkan Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 Berisiko Rendah (PKRC).
Seramai 92 pesakit dimasukkan ke unit rawatan rapi (101 pada Ahad), dengan 51 daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan (53 pada Ahad).
Berikut adalah jumlah kes harian setiap negeri semalam, serta kumulatif positif sejak Januari 2020:
- Selangor – 1,306 (1,532,003)
- Kuala Lumpur – 108 (462,810)
- Sabah – 137 (404,597)
- Johor – 42 (396,911)
- Sarawak – 75 (320,473)
- Kedah – 138 (315,590)
- Pulau Pinang – 81 (304,605)
- Kelantan – 147 (258,449)
- Perak – 66 (236,803)
- Negeri Sembilan – 86 (229,117)
- Pahang – 51 (181,166)
- Melaka – 92 (141,686)
- Terengganu – 66 (131,946)
- Putrajaya – 59 (31,146)
- Labuan – 3 (22,671)
- Perlis – 8 (18,786)
Sementara itu, lima pesakit meninggal dunia akibat komplikasi Covid-19 dalam tempoh 24 jam semalam, termasuk dua kes kematian di luar fasiliti kesihatan atau ‘brought in death’ (BID).
Dua daripada kematian itu masing-masing direkodkan di Perak (termasuk satu BID) serta Selangor, dan satu kes BID lagi di Kedah.
Jumlah itu menjadikan kumulatif kematian akibat komplikasi Covid-19 yang dilaporkan mulai 17 Mac 2020 hingga semalam sebanyak 36,657 kes, termasuk 7,800 kes BID.