Lebih 24.5 juta dos vaksin sudah diberi sejak Februari

August 9, 2021 · Isu semasa

Sebanyak 24,542,437 dos telah diberikan, membabitkan 15,772,101 penerima suntikan dos pertama, manakala 8,770,336 lagi menerima dos kedua sejak Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) dilancarkan pada Februari sehingga semalam.

Menurut data Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV), jumlah pemberian vaksin Covid-19 di seluruh negara semalam turun kepada 389,641 dos suntikan berbanding sejak beberapa hari lalu yang melepasi 400,000 suntikan, malah ada yang mencecah lebih 500,000 dos.

Daripada jumlah pemberian semalam, 156,816 adalah penerima dos pertama manakala 232,825 lagi melengkapkan dos kedua masing-masing.

Selangor merekodkan jumlah pemberian vaksin tertinggi semalam dengan mencatatkan 88,735 dos membabitkan 20,937 dos pertama dan 67,798 dos kedua, diikuti Johor sebanyak 51,438 dos (35,418 dos pertama dan 16,020 dos kedua).

Negeri lain yang merekodkan jumlah pemberian vaksin Covid-19 yang tinggi termasuk Kuala Lumpur, Perak, Kedah, Sabah, dan Kelantan.

 

Berita berkaitan
Sebanyak 32.8 peratus kes baharu Covid-19 di Sarawak disebabkan BA.5
August 11, 2022· Isu semasa
Kempen vaksinasi cacar monyet bermula di Itali
August 9, 2022· Dunia
Kes baharu Covid-19 sebanyak 3,927 dengan enam kematian baharu
August 6, 2022· Isu semasa
Dua peguam Zahid dijangkiti Covid-19, bicara kes rasuah YAB ditangguh
August 5, 2022· Isu semasa
Popular
Anak muda bawa skandal kapal tempur zaman BN ke jalan raya
August 14, 2022
Najib dakwa skandal LCS dimainkan seperti 1MDB, sehingga diheret ke mahkamah
August 14, 2022
Rakyat mahu tahu kebenaran berhubung skandal LCS, kata bekas AG
August 14, 2022
Skandal LCS: Jangan salahkan orang lain kata Kit Siang kepada Najib
August 13, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Anak muda bawa skandal kapal tempur zaman BN ke jalan raya
2 jam lalu · Isu semasa
Permintaan terpendam percepat pertumbuhan KDNK: Tengku Zafrul
3 jam lalu · Isu semasa
Najib dakwa skandal LCS dimainkan seperti 1MDB, sehingga diheret ke mahkamah
3 jam lalu · Isu semasa
Rakyat mahu tahu kebenaran berhubung skandal LCS, kata bekas AG
4 jam lalu · Isu semasa
Gempa bumi lemah dikesan di Kundasang
4 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Bersatu serah memorandum tubuh RCI siasat projek LCS
August 10, 2022
[FOTO] Dragon Muay Thai gegar Bukit Bintang
August 8, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok